Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

Mursyidul Am Pas kesal dengan kenyataan Mufti Perak


Harussani tak tahu ke seluruh amalan hidup manusia ada kaitan dengan agama?
WarkahDaily - “Semuanya berkenaan hukum, sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram, kerana jika masuk tandas pun ada hukum, adakah memilih pemimpin tidak ada hukumnya?, ” terang Tok Guru Nik Aziz.

Peliklah, seorang yang diiktiraf sebagai mufti dan orang yang disegani dari segi ilmu agamanya, begitu naif dalam menterjemahkan amalan manusia ini ada yang tidak perlu dikaitkan dengan hukum agama.

Kenapa ada amalan manusia yang tidak boleh dikaitkan dengan hukum agama padahal setiap pergerakan dan kelakuan manusia tidak sepi daripada sempadan dan peruntukan yang telah ditentukan Allah?
Setiap kali nak sembahyang, kita duk sebut, ’solat aku, ibadat aku, hidup aku dan mati aku kerana Allah’. Habis, kenapa Harussani boleh kata jangan libatkan hukum agama bila nak ajar pengundi cara memilih pemimpin padahal nak pilih pemimpin sama jugak macam nak pilih imam sembahyang atau menantu dalam keluarga. Kena pilih yang betul-betul layak.

Nak pilih menantu pun, agamanya lebih utama diperhatikan. Inikah pula benda yang lagi penting berkaitan pilih pemimpin. Kalau tak penting pilih pemimpin, tak pula nabi SAW bersusah payah behijrah ke Madinah untuk dirikan negara Islam di sana.

Apakah seorang mufti yang disanjungi masyarakat begitu berani mengasingkan amalan tertentu daripada pengetahuan dan ketetapan Allah? Nauzubillahi min zalik.


Sinar Harian - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegurnya supaya jangan menggunakan hukum agama untuk tarik pengundi.

Menurutnya, Harussani tidak harus berkata demikian kerana seluruh amalan hidup manusia tertakluk kepada hukum.

“Semuanya berkenaan hukum, sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram, kerana jika masuk tandas pun ada hukum, adakah memilih pemimpin tidak ada hukumnya?

“Nabi meninggalkan kota Makkah untuk berjuang menegakkan negara di Madinah, ertinya perjuangan tegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda,” katanya dipetik dari laman Facebooknya, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Harussani menasihatkan pemimpin Pas terutama Nik Aziz supaya tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi boleh menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular