Nazri Abdullah |
TEMERLOH, 5 Mac: "Saya menyeru kepada pengundi untuk mengambil peluang sungguh-sungguh untuk membuat bantahan dengan mengundi PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turun berkempen di Kerdau dengan menjanjikan pelbagai projek pembangunan untuk rakyat. "Kita tidak menentang projek yang diluluskan kepada rakyat, tetapi bukan ini masanya, ini janji memancing undi. "Perdana Menteri pertama dulu, Tunku Abdul Rahman bila parlimen dibubar, beliau turun juga kempen, tapi datang dengan kereta sendiri bukan atas kapasiti perdana menteri, berbeza dengan Datuk Seri Najib," ujarnya selaku Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau. Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS, Darul Hikmah di Kerdau, pagi ini. Turut serta ialah timbalannya, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Tambahnya, pada hari terakhir tempoh berkempen di N.28 Kerdau hari ini, PAS dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan dalam mendukungi persaingan sihat di PRK, merakamkan betapa harapan untuk menyaksikan demokrasi yang adil, telus dan berintegriti telah musnah dek kerana pencabulan dan salah laku yang dilakukan pihak lawan, Umno Barisan Nasional. “Kami, pada hari ini akan membariskan segala pelanggaran Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya, 1954 bagi menguatkan hujjah kami bahawa bukan sahaja peri laku ini dibuat oleh Barisan Nasional akan tetapi lebih malang lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang sepatutnya menjamin proses pilihanraya berjalan dengan bebas, adil dan bersih,” katanya. Menurutnya, laporan-laporan yang dibuat oleh PAS kepada kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 Mac dan 5 Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional seperti penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam. Ini, katanya termasuk penggunaan padang awam Teluk Sentang, masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25, Balai Raya Kuala Tekal dan pejabat-pejabat Felda di Kerdau. “Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam,” ujarnya. Selain itu, tambahnya ia juga melibatkan pemberian secara terbuka dibuat oleh Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. “PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikkan taraf loji air Batu Sawar. “Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri,” katanya. Ini, ujarnya tidak termasuk pemberian berbentuk hamper dan makanan yang diedar di Kampung Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”. Paling mutakhir, katanya adalah bayaran wang SES Risda Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011. Begitu juga, ujarnya bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,000 seorang. “Rasuah atau tidak akan tergantung secara kritikal kepada siapa yang mendapatnya,” ujarnya lagi. Katanya, kalau ia disasarkan hanya kepada peneroka dalam Dun N28 Kerdau, maka bayaran itu yang sebenarnya hak peneroka yang tidak dibayar sekian lamanya, adalah jelas rasuah. “Tetapi kalau semua peneroka getah dan kebun sawit dapat tanpa mengira sama ada mereka tinggal dalam N.28 Kerdau atau tidak, maka itu adalah polisi bayaran yang dibuat secara menyeluruh tanpa berpilih-pilih atau selektif. “Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya,” katanya lagi. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, berdasarkan realiti dan kenyataan di atas serta ketidakadilan dalam perjalanan PRK Kerdau hari ini, maka pihaknya melihat insiden itu sebagai kegagalan SPR menjamin perjalanan PRK bersih dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan ke atas pengundi. Katanya, ketidakadilan itu mestilah ditentang oleh rakyat khususnya para pengundi di Dun Kerdau dengan menterjemahkan bantahan mereka dengan memberi undi protes terhadap pencabulan peraturan peruntukan Akta Kesalahan Pilhanraya 1954. “Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya. http://fb.me/UuUmrGmO |
Saturday, March 5, 2011
Undi PAS, bantah projek pancing undi BN
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
SIBU 26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 se...
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Hatiku tertanya tanya apa kabar bibik di seberang, mengapa sepi tanpa berita?? Kirimkanlah beritamu walau sebaris ayat buat penawar rindu k...
-
Datuk Mustafa Ali (gambar) menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai...
-
Kali ni kita berbicara tentang Mak Mah, SUPERBOROSWOMAN 1Malaysia untuk 2012 ini.. Segalanya bermula beberapa hari lalu apabila akhbar Sydn...
-
cikgunormala.blogspot.com
-
from Anak Sungai Derhaka by Anak Sungai Derhaka Malaysia dikatakan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatic dengan Israel kononnya k...
-
Kelmarin MB Mat Said sekali lagi mengeluarkan pendapat BERNASnya! Kerana keprihatinan beliau dan kerajaan negeri, beliau menyatakan bahaw...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??