Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

PRK Kerdau; Umno-BN sebar risalah fitnah

TEMERLOH - Beribu-ribu risalah dan 'banner' yang dikeluarkan oleh Umno-BN telah disebarkan dan digantung merata tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang dua hari kepada hari pengundian 6 Mac ini.



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/risalahfitnah.jpg
Penasihat Jentera Pilihanraya PAS Terengganu disini, Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah satu provokasi dan hasutan jahat Umno-BN yang terlalu terdesak untuk memancing undi.

"Umno-BN sudah terlalu terdesak, sehingga menyebarkan fitnah, mencetak dan menaburkan risalah menggunakan lambang PAS dan menggantung kain rentang 'menghasut' pengundi untuk membenci PAS dan Pakatan Rakyat,"ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, Umno-BN sudah terlalu lemah kerana hujah-hujah pembangunan yang menjadi senjata selama ini tidak berkesan dalam kempen PRK Kerdau.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/DSC00447.jpg
Katanya, terlalu banyak masalah yang diabaikan oleh pemimpin Umno-BN sehingga hampir setiap kampung rakyat menuntut janji-janji pembangunan kerajaan Umno-BN Pahang.

"Jalan-jalan terus diturap walaupun dalam kesesakan lalu lintas dalam suasana kempen pilihanraya sehinggakan berlaku kemalangan di jalan utama Temerloh ke Jerantut di Desa Murni,

"jalan diturap sebelah mengakibatkan seorang petugas media telah melanggar penduduk tempatan,"jelasnya.

Justeru, Haji Hanafiah merayu kepada semua pengundi DUN Kerdau supaya tidak memilih Umno-BN bagi memberi pengajaran kepada mereka yang banyak menyusahkan kehidupan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata, para petugas perayu undi dari Terengganu tidak mempunyai sebarang masalah malah disambut baik oleh penduduk Desa Murni.

"angin perubahan PAS Ganti Umno di DUN Kerdau mula bertiup kencang,"kata Hanafiah yakin

Sementara itu, Umno-BN disyakki mengamalkan 'kerja kotor' sebagaimana yang sering dilakukan pada saat-saat akhir dalam mana-mana pilihanraya, kerana takut 'kalah'.

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, menjelang 72 jam kepada hari pembuangan undi,  22 kain rentang dan pemidangnya diturunkan manakala berpuluh-puluh bendera lagi didakwa menjadi mangsa.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/banner1.jpg


Beliau yang Pengarah Pilihan Raya Pas PRK DUN Kerdau berkata, kejadian itu dikesan oleh petugas terbabit selepas sejam kerja pemasangan dilaksanakan.
Beliau mendakwa, walaupun laporan polis telah dibuat termasuk pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tiada sebarang tindakan dilaksanakan oleh pihak tersebut.
"Kami (Pas) amat kesal dengan perkara tersebut dan berharap ia tidak berulang, Pas mahu kempen ini sihat dan tidak dicemari oleh budak-budak nakal.
"Jika tidak diatasi ia boleh mencetuskan ketegangan dari petugas dan pengundi," katanya dalam sidang media harian di Markas Pas di sini, hari ini.
Naib Presiden Pas itu berkata, pihaknya juga ada menerima aduan dari petugas bahawa terdapat kain rentang yang bersifat provokasi dipasang di beberapa kawasan di DUN Kerdau yang bertujuan untuk mengelirukan pengundi.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/banner2.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita42/prkkerdau%20019.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular