Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

TERKINI : PRU 2008,HANYA 46.26% Sahaja Mengundi UMNO....PELUANG PAS TERBUKA

Setelah masuk hari ketujuh berkempen, peluang bagi calon PAS Sdr.Yuhaizat Abdullah masih terbuka luas untuk membuat kejutan di PRK N27Merlimau.
Ini dikaitkan dengan fakta bahawa dalam PRU12 pada tahun 2008 yang lalu calon Umno yang menang hanya mendapat sokongan 46.26% sahaja atau 4,981  undi dari jumlah pengundi sebenar iaitu 10,767 di DUN Merlimau. 


Ini bermakna tidak sampai separuh pengundi di N27 Merlimau yang menyokong BN. Calon PAS masih berpeluang andaikata beberapa indikator sulit diambilkira iaitu sehari menjelang hari pembuangan undi.

Merlimau yang diserang dengan warna biru sekalipun tidak akan dapat mengubah fakta dan sejarah bahawa tidak sampai separuh penduduk Merlimau yang menyokong BN.



Walaupun seluruh penduduk Merlimau menikmati limpahan jutaan ringgit dalam masa seminggu ini namun BN tetap tidak boleh mendabik dada kerana berasa bimbang dengan corak sokongan pengundi Cina dan India yang dikatakan bakal menentukan kemenangan setiap calon.



Dengan strategi mantap disaat akhir calon PAS pasti membuat kejutan. Kesemua petugas Pakatan Rakyat yang akan ke bumi Merlimau, ingatlah fakta ini, tidak sampai separuh pun penduduk Merlimau yang mengundi BN, peluang masih terbuka luas, pastikan usaha anda disulami dengan semangat paling ikhlas dan dengan panjatan doa kepada Allah S.W.T kemenangan pasti boleh dicapai.

Berubahlah sekarang, Selamatkan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular