Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

ANAK NEGERI SABAH TERUS DIANIAYA


Salam Perjuangan!

Kelmarin, 3 Mac 2011, lebih kurang jam 8.45 pagi, bertempat di Pejabat Daerah Kecil Sook, lebih kurang 100 orang penduduk kampung yang sebahagiannya memakai baju tradisi telah hadir ke Mahkamah Anak Negeri Daerah Sook untuk menghadiri panggilan bicara berkenaan aduan penduduk kampung.

Dalam kes tersebut, Jabatan Perhutanan Sabah daerah Sook yang telah merobohkan dua buah rumah adat yang terletak di kawasan wilayah adat Kg. Alab Lanas dan di kawasan wilayah adat kawasan Pio (Tanah adat 5 kampung-Kg. Simbuan, Kg. Dumbun, Kg. Pulutan, Kg. Mokotog dan Kg. Wawasan) dalam daerah Sook.

Setibanya penduduk kampung ini di pejabat Daerah Sook, seluruh warga pejabat daerah Sook terkejut (Menurut kenyatan KAN Cyril Jalong) termasuk ADO Sook, Jaslin Tindi.

Pihak Mahkamah Anak Negeri kemudiannya memberitahu (melalui telefon) pihak penasihat perundangan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan hasilnya telah diarahkan untuk membatalkan proses bicara tersebut.

Pihak Pejabat Daerah Sook juga telah memanggil Polis dan amat mengharukan sekali apabila lebih kurang 25 orang anggota Polis telah menyerbu kawasan Pejabat Daerah Sook termasuk Ketua Polis Daerah Keningau OCPD Zahari dan Ketua SB, Balai Polis Keningau, ASP Awang Damit.

Situasi ini sangat menyedihkan umpama kehadiran penduduk kampung ini lebih dahsyat atau sedang melakukan jenayah berat sehingga pintu pagar dan jalan keluar dari pejabat Daerah Sook telah ditutup dan dijaga oleh beberapa anggota Polis.

Pihak pemimpin kampung telah berusaha untuk menjelaskan kepada pihak Pejabat Daerah dan Polis tentang situasi yang sebenar. Namun akhirnya 3 orang telah diarahkan ke Balai Polis Keningau iaitu KK Dahlan @ Ulin (KK Kg. Alab) dan Juhadi Marindal (Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat G5 Sook) yang juga selaku plaintif dalam kes bicara ini dan Hisammuddin Bin Sulaiman (Presiden TABA – Bela Tanah Rakyat Sabah).

Saya sendiri turut disiasat dan diambil keterangan di hadapan 2 orang pegawai SB di Balai Polis Keningau.

Untuk keterangan lanjut saya lampirkan bersama latarbelakang berkenaan kes dan peristiwa ini serta beberapa gambar.

Sekian dan Salam Perjuangan!

GALUS AHTOI,

Penyelaras Program Hak Tanah,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular