Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

Kempen Pas dan PR di Merlimau berjaya

Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Pas berjaya menyampaikan mesej perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.


Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah.

Cara kempen calon Pas mendahului calon UMNO. Malah pendekatan calon Pas ditiru pula oleh UMNO seperti pemberian bunga kepada wanita. 

Calon Pas membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen. Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.

Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah UMNO.

Peluang ini memberi kesempatan kepada Pas untuk menerangkan dasar Pas yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap Pas adalah parti yang pelik di kalangan mereka.

Pas cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon Pas sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada Pas, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Pas.

Pas menyeru supaya pengundi Dun Merliamu memilih Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Dipetik dari N27 Merlimau Pas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular