Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

Muhyiddin, jangan nak 'kencing' lah, rakyat tak bodoh

Ini kata-kata Muhyidin seperti yang dilaporkan mStar hari ni 5/3

mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan merasuah pengundi di DUN Kerdau apabila mengumumkan beberapa projek pembangunan, Muhyiddin berkata tindakan berkenaan adalah tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan keperluan rakyat.
"Tanggungjawab kerajaan tidak terhenti waktu pilihan raya. Bila saya datang di sini penduduk minta peruntukan bina masjid, saya beri sebab ada peruntukan...ini bukan beri kepada pengundi sebaliknya untuk faedah am.

"Semua yang dibuat kerajaan adalah untuk kebajikan am, bukan individu. ia bukan ditakrifkan sebagai rasuah. Kalau datang tak boleh bantu orang susah maknanya tanggungjawab saya terhenti semasa pilihan raya," katanya.

Tanggung jawab kerajaan konon ... kepala bapak hangpa lah din. Kenapa kerajaan hanya bertanggung jawab pada kawasan-kawasan yang hendak mengadakan PRK saja ka? Dulu hangpa kata peruntukan dah memang diluluskan cuma kebetulan pula adun nya 'padam'. sekarang hangpa dah tak kata macam tu dah, hangpa kata pembangunan untuk rakyat pula. Nampaktak macamana hangpa 'kencing' rakyat. Tapi bercerita dengan hangpa ni macam bercerita dengan tunggul kayu saja. hangpa buat dek jer la. Hangpa yg perintah hangpa bole buat apa saja pada rakyat yg tak punya kuasa.

Jangan cakap sedap mulut din ai, rakyat dah menyampah dengan cara hangpa. Konon bila hang pi saja tempat tu rakyat minta saja projek/peruntukan, boleh terus bagi. hahahahaha cerita kat anak aku darjah 4 pun depa gelak la din cara hangpa jalankan kerja.
Cuba mai tempat aku ni - aku nak minta pula projek/peruntukan yang bukan dalam masa PRK. Hang tau tak din, budak-budak tempat aku nak minta jersey bola saja, bukan padang bola, pada adun hangpa ditempat aku ni disuruhnya balik, katanya dia bukan cap duit - hang tanya lah si samseng Azhar ADUN Penaga P.Pinang. Depa pi minta tu BUKAN pada waktu PRK. Jadi mana yang hang kata tanggungjawab kerajaan pada rakyat? Din, sudah-sudah lah nak kelentong rakyat pun,... sebenarnya rakyat dah meluat benci sangat-sangat dah pada apa yang hangpa buat pada rakyat, cara hangpa perintah, cara hangpa layan rakyat. Hangpa akan hanya tunjuk muka, bagi saja apa yang rakyat minta hanya bila ada pilihanraya saja. Aku percaya lah dan semua orang akan kata yang sama - samada Kerdau atau Merlimau tidak akan dapat apa-apa andai tidak ada PRK ...mimpi-senja.blogspot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular