Oleh: MEDIA PKR SABAH
SIANG tadi saya mengunjungi ke kampung-kampung berjumpa ahli baru PKR yang ingin menyertai PKR Cabang Tenom. Mereka beritahu kenapa rakyat pedalaman kini mahu beralih arah kepada PKR, kerana mereka sudah bosan dengan BN mereka sudah muak dengan UMNO. Mereka cuma mahu menabur projek di tempat kawasan DUN yang kematian wakil sahaja.
Kami dengan rela hati menyertai PKR Cabang Tenom kerana mereka tahu PKR kawasan Tenom kini mengambil berat terhadap tekanan yang mereka hadapi rakyat di kampung kampung. Mereka rasa PKR adalah satu-satunya wadah politik mereka yang terakhir. Mereka mempunyai alasan kukuh untuk menyertai perjuangan PKR yang mengamalkan dasar tidak memilih kasih kepada semua bangsa dan agama.
Sudah lama rasanya rakyat mahu menyertai perjuangan PKR, kesempatan hari ini mereka anggap satu perjumpaan yang membawa satu perubahan landskap politik dan wadah perjuangan orang kampung yang kini berikrar, "jatuh bangun bersama PKR" dan mereka yakin kepimpinan PKR Tenom hari ini lebih mesra rakyat dan terpikat.
Lawatan saya ke Tenom kelmarin mendapat sambutan yang di luar jangkaan saya.