Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

YUSUF QARDHAWI SANGGAH HARUS SANA SINI??

Berhubung dengan kenyataan dari Mufti Perak, Harussani Zakaria (Gambar), disini kami terbitkan satu petikan daripada kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi mukasurat 222 - 224, cetakan pertama 1998 oleh Maktabah al-Qardhawi.



Petikan ini menunjukkan betapa seriusnya soal memilih pemimpin dan ianya sesuatu ajaran dari Islam. 


Sebagaimana yang saya tulis dalam Facebook dimana jika masih ada yang berpandangan bahawa mengaitkan undi dengan agama adalah salah maka selayaknya pandangan ini hanya sepatut keluar sari mulut seorang mufti di negara yang mengamalkan ajaran komunis kerana komunis memang menganggap bahawa agama itu adalah bahaya dan candu kepada masyarakat.

Mengundi Adalah Satu Bentuk Daripada Kesaksian


Jika kita melihat kapada sistem-sistem seperti pilihanraya atau pungutan suara, ia pada pandangan Islam adalah satu bentuk kesaksian terhadap kelayakan calon. 


Oleh itu seorg saksi iaitu adil dan latar belakangnya yang baik seper apa yang di Firmankan Allah yang bermaksud:

"Adakanlah dua saksi yg adil di antara kamu".

- [At-Talaq 65: 2]

Firma Allah lagi yang bermaksud:

"Dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi".

- [Al-Baqarah 2: 282]

Kita boleh meringankan syarat adil dan sifatnya di sini mengikut kesesuaian keadaan yang memungkinkan seramai mungkin rakyat memberikan kesaksiannya. Tidak akan digugurkan hak ini melainkan mereka yg telah disabitkan oleh Mahkamah jenayahnya yang mencemarkan kehormatan atau yang seumpamanya.

Sesiapa yang bersaksi kepada seorang yang tidak soleh bahawa dia adalah yangg soleh, maka sesungguhnya dia telah melakukan satu dosa yang besar iaitu persaksian dusta yang telah digandingkan oleh Allah dengan dosa syirik menyekutukan Allah sebagaimana firman-Nya yg bermaksud:

Maka jauhilah kekotoran syirik yg disebabkan penyembahan berhala serta jauhilah perkataan yang dusta.

- [Al-Hajj 22: 30]

Sesiapa yg bersaksi kepada seorang calon bahawa dia adalah seorang yang baik dan sesuai untuk sesuatu jawatan hanya disebabkan dia adalah kerabatnya, anak negerinya, atau untuk kepentingan peribadi yang diharapkannya maka dia telah melanggar perintah Allah.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan sempurnakan persaksian kerana Allah.

- [At-Talaq 65: 2]

Sesiapa yang meninggalkan kewajipannya dalam pilihanraya sehinggalah calon yg amanah dan sesuai kalah, dan ia dimenangi secara majoriti oleh orang yang tidak mempunyai sifat kuat lagi amanah, maka sesungguhnya dia telah melanggar perintah Allah yang menyuruh memberikan kesaksian sedangkan dia telah dipanggil untuk melakukannya lalu dia menyembunyikan persaksiannya ketika seluruh umat Islam amat memerlukan persaksiannya.

Firman Allah yg bermaksud:

Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila dipanggil menjadi saksi.

- [Al-Baqarah 2: 282]

Firman Allah lagi yg bermaksud:

Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikan , maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.

- [Al-Baqarah 2: 283]

Sifat2 dan syarat-syarat sedemikian adalah lebih utama bagi sifat dan syarat seorang calon.

Dengan kita menambah syarat-syarat dan petunjuk-petunjuk tersebut kepada sistem pilihanraya, kita akhirnya akan dapat menukarkannya menjadi satu sistem Islam walaupun pada asalnya ia diambil daripada orang lain. -muslimeen-united
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular