Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 5, 2011

MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI?

komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar



JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah.

Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan?

Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini



Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya.

Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini.

Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./wfauzdin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular