Grab the widget  IWeb Gator

Friday, March 4, 2011

khak kahk kahk..apale Punya KM..biawak disangka ayam..khak kahk


khak kahk kahkk....Biawak tak kenai Biawak dalam Kuali khak kahk kahk kahk...macam macam adaaaa...satu lagi astro siaran percuma waktu PRK merlimau...khik khik..

'
Kari biawak KM sangka ayam'
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.
NONEDalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'
"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali (atas, memegang telefon) mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

NONEDalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.
Jadi sasaran

Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.

Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.

Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.
NONEMalaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporanNanban itu.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.



http://feedproxy.google.com/~r/Infotambahan/~3/yGeAnZXC9dE/khak-kahk-kahkapale-punya-kmbiawak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular