Dan Ternyata Sekali Ianya Jelas "Melanggar" Akta Penempatan Berkelompok (GSA 1960) Sebenarnya
Felda Plantations ternyata adalah satu "projek haram"kerajaan UMNO Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya. Kenyataan ini dijelaskan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto)dalam sidang medianya baru-baru ini.
Menurut Mazlan, Felda diasaskan untuk membasmi kemiskinan terutamanya dikalangan orang. Felda katanya mengawal 367,710 hektar ladang yang jelas pemilikannnya bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.
Perkara ini ada disebut menerusiSeksyen 7(2) dan Seksyen 11(1) dan pernah dibacakan dalamHansard Parlimen bertarikh 27 April 196o.Kenyataan tersebut dibuat oleh bekas Perdana MenteriTun Razak ketika itu.
Apa yang berlaku sekarang, sejak zaman PM Mahathir tanah-tanah yang dibuka oleh Felda tidak lagi diberikan lagi kepada rakyat (peneroka) sebaliknya dijadikan estet perladangan atas nama plantations.
Ini bercanggah dengan dasar Felda itu sendiri sebenarnya. "Kami sedang mengkaji untuk membawa kes ini ke mahkamah untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil semula tanah-tanah yang telah disalahgunakan oleh Felda itu", kata Mazlan. "Apakah Najib tidak membaca kenyataa ayahandanya itu?.
Adakah dia tahu Felda Plantations itu adalah penempatan haram yang bertentangan dengan akta GSA itu sendiri?", katanya.
Mazlan turut menegas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap akanmemansuhkan Felda Plantations kiranya diberi mandat rakyat untuk memerintah negara iniselepas pilihan raya umum ke-13 nanti. "Keluasan tanah yang telah digunakan untuk Felda Plantations itu sebenarnya boleh diagihkan kepada 79,000 orang generasi kedua Felda", katanya.