Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, March 6, 2011

MCA bela golongan penjual loteri Kelantan!

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi heboh di blog-blog dan di facebook pung pang pung pang bagai nak rak kononnya Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar Tuan Guru Nik Aziz sengaja membenarkan penjualan loteri dan judi. Malah mereka mendakwa Kerajaan Kelantan sengaja mengeluarkan lesen untuk membenarkan rakyatnya berjudi. Siap kutuk Kelantan serambi loteri bagai.

Hari ini tuhan nak tunjukkan ternyata premis-premis judi yang gerombolan songkok tinggi hebohkan sebenarnya diberikan lesen oleh kerajaan pusat dan bukanlah lesen dari Kerajaan Negeri kerana Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan sebarang aktiviti judi di negeri tersebut [Sinar]. Kalau ada pun mungkin judi haram dan judi-judi yang dikeluarkan lesennya oleh kerajaan pusat. Hambik kau!


Hari ini MCA pulak bangun melenting bagaikan hero kononnya untuk membela penjual-penjual loteri di Negeri Kelantan. Sebelum ini akhbar pencacai Utusan Malaysia heboh menghina pentadbiran Kelantan dengan niat untuk memburuk-burukkan Kerajaan PAS Kelantan [Utusan Kelentong]. Ternyata isu yang digembar gemburkan untuk memburukkan kerajaan Kelantan akhirnya terpalit bagaikan taik di atas kepala-kepala mereka.

Jelas sekali MCA menghina Islam, menghina kerajaan negeri yang mahu menghapuskan judi di Kelantan. ReJaM© juga dah dapat maklumat tentang rumah-rumah pelacuran di Kota Bharu sebenarnya milik Barisan Nasional, tunggu masa untuk didedahkan bukti-buktinya.

Sebaik sahaja bukti-bukti sahih maklumat tersebut diperolehi, kita lihat apa mereka nak putar belit? Mereka yang buat pusat pelacuran haram, kemudian Tuan Guru Nik Aziz yang diaibkan, kononnya membenarkan pelacuran.

ReJaM© "Bodohnyalah, sendiri berak tapi heboh kat orang kata orang lain berak..."


Baca juga di sini [Amenoworld]

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/mca-bela-golongan-penjual-loteri.html#ixzz1FpgSlkQr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular