Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

PRK: Pastikah Kerdau selepas Merlimau?


WarkahDaily – Pilihanraya Umum (PRU) ke – 12 telah ditakdirkan Allah kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa majoriti dua pertiga. Kemudian, tempoh sepenggal PRU ke - 12 juga dalam sejarah dipenuhi dengan Pilihanraya Kecil (PRK).


Setiap PRK yang dilalui sepanjang tempoh penggal PRU – 12, boleh dikatakan juga dalam sejarah, kemenangan banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Mungkin ada hikmah di sebalik itu semua. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Sekarang, semua tertumpu ke Dun Merlimau, Melaka yang bakal menentukan wakil rakyat barunya pada 6 Mac depan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan.

Kerdau selepas Merlimau?

Penamaan calon Dun Merlimau belum lagi diadakan, ditakdirkan Allah jua, Dun Kerdau juga berlaku kekosongan selepas Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (Gambar kanan) juga meninggal dunia semalam.

Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkira-kira semacam tidak mahu diadakan pilihanraya kecil berlaku di Dun Kerdau. Najib beranggapan, belum tentu pilihanraya diadakan di Kerdau.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, SPR telah pun membelanjakan hampir RM10 juta untuk mengadakan 15 PRK semenjak bermulanya di Permatang Pauh, termasuk juga yang akan diadakan Mac depan iaitu, PRK Dun Merlimau.

Kenyataan Pengerusi SPR itu seolah-olah, mahu menghentikan fenomena PRK yang berterusan dengan alasan perbelanjaan yang tinggi.

Merlimau menunggu tetamu VIP

Sekarang penduduk Merlimau sedang menunggu ketibaan para menteri dan jabatan-jabatan kerajaan berkampung di kampung mereka sambil menunggu ’habuan’ pilihanraya.

Najib dengan menggunakan titlenya sebagai Perdana Menteri dijangka akan ke Merlimau seperti yang sudah berlaku di Dun Tenang dengan membawa segala kertas projek mee segera untuk santapan sementara pengundi Dun Merlimau.

Rasuah Merlimau bakal ditaburkan

Dikhabarkan Najib akan ke sana pada 19 Februari depan konon untuk meninjau kemajuan pembangunan di Merlimau bagi menggantikan ’perkataan’ rasuah pilihanraya.

(Rasuah: (Gambar kiri) Jentera projek mee segera sudah tiba di Merlimau untuk kempen BN.)

Seperti biasa, rasuah pilihanraya yang sebelum itu ditawarkan untuk pengundi Dun Tenang, kini dibawa ke Merlimau pula. Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sempena lawatan PM, Najib dijangka akan merasuahkan pengundi Dun Merlimau dengan projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jasin yang dianggarkan menelan kos RM300 juta. Mungkin pengundi Dun Kerdau juga mengimpikan sebuah universiti di tempatnya selepas ini jika SPR mengumumkan pilihanraya.

Di Merlimau juga, Najib dijadual turut merasuah pengundi India di kawasan itu dengan melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Merlimau.

Pengundi Kerdau sekarang ini sedang memasang angan-angan, akan ada universitikah, akan ada pencakar langitkah, akan ada masjid barukah, akan ada sekolah barukah atau akan ada projek jalan raya segerakah di tempat mereka?

Jika mahu kesemua itu, pengundi harus mendesak SPR mengadakan pilihanraya juga seperti Merlimau untuk memilih wakil rakyatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular