Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, June 7, 2011

Kebajikan ala-Umno!!!


"Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

"Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja," katanya dalam sidang media dengan wartawan Malaysia di hari pertama lawatan rasminya ke Kazakhstan di Astana, Isnin."

Najib kata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati cirri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.
Yeahh….negara kebajikan ala-Umno/BN:

  1. Menaikkan harga minyak Ron 97 setiap bulan
  2. Cuba naikkan harga minyak Ron 95, nasib baik rakyat bangkang! Tapi rakyat belum selamat dari kenaikkan harga Ron 95 jika Umno/BN menang pilihanraya ke 13.
  3. Subsidi untuk rakyat marhaen diselaraskan yang mengakibatkan kenaikan tariff eletrik tetapi subsidi untuk 5, 6 orang kroni IPP tidak diusik langsung!
  4. Dihapuskan lesen TV kemudian untuk mendapat gambar yang terang rakyat terpaksa menggunakan Astro dengan bayaran bil yang mahal. Bayaran lessen TV di serap dalam bayaran Astro. Rakyat kena tipu.
  5. Pemberian laptop 1Malaysia dikatakan percuma namun hakikat sebenar pelajar yang menerima laptop 1 Malaysia kena bayar ansuran harga laptop itu selama 2 tahun melalui pembayaran bil TM ? Bayar bil TM satu kemestian walaupun tidak ada coverage di kawasan itu.
  6. Harga gula dinaikkan atas alasan menjaga kesihatan rakyat.
  7. Harga barangan untuk rakyat semakin meningkat, rakyat terus tertekan dan Umno terus menyelaras subsidi, Umnoputra terus kaya raya!
  8. Wakil rakyat baru Umno belum habis penggal sudah berkereta mewah ke hulu ke hilir, rakyat hanya mampu memilik Viva!
  9. Biasiswa diganti dengan PTPTN yang membebankan dalam keadaan pelajar yang sudah tamat pengajian belum tentu dapat kerja.
  10. Membezakan pembayaran yuran asrama sekolah kepada para ibubapa berdasarkan pendapatan kasar ibubapa bukan pendapatan bersih. Ibubapa yang terbeban dengan tanggungan beberapa orang anak yang bersekolah yang tinggal di beberapa asrama, yang terpaksa membayar pinjaman rumah, pinjaman kenderaan dan sebagainya terus terbeban!
  11. Kontraktor-kontraktor Umno gagal menyiapkan secara sempurna dan lengkap projek-projek pembinaan yag mengakibatkan kegagalan menggunakan bangunan baru pada masa yang sepatutnya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Bangunan-bangunan baru pula cepat retak, cepat rosak, cepat bocor, cepat jahanam dan cepat roboh kerana rasuah keterlaluan dalam projek-projek kerajaan dan kontraktor-kontraktor Umno.
  12. Orang muda semakin tidak ada pekerjaan, jika pun ada pekerjaan hanya kerja yang tidak setimpal dengan kelulusan anak-anak muda.
  13. Kerajaan Umno/Bn menyediakan pendidikan tinggi yang kurang memberi kemahiran yang mengakibatkan ramai anak-anak muda tiada kemahiran untuk membuat kerja-kerja dalam kehidupan mereka. Akhirnya kerajaan Umno/BN tetap menyalahkan sikap anak-anak muda sendiri jika tidak berjaya mendapat pekerjaan.
  14. Kebajikan untuk anak-anak rakyat ialah sistem pendidakn di dalam negara manakala kebajikan untuk anak-anak para pemimpin utama Umno adalah di luar negara.
  15. Umno memberi ikan kepada rakyat...itu pun ikan yang kecil bertaraf ikan selar kuning bukan memberi joran. Akibatnya rakyat banyak bergantung kepada kerajaan Umno/Bn walaupun terpaksa mendapat kelapa ikan selar kuning yang tidak berisi.
Demikian antara kebajikan yang Umno berikan buat rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular