Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, June 7, 2011

Rakyat Perlu Desak BN Tunai Janji Jambatan Ketiga Klang


KLANG 7 JUN : Projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km di sini dengan melibatkan kos RM 23 juta yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua setengah tahun sejak Mac 2008 oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu terus dipandang sepi pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di Karnival Fotografi Warisan Selangor 2011 di atas Jambatan Kota baru-baru ini berkata satu kempen besar-besaran perlu diadakan bagi mendesak kerajaan pusat mengotakan janjinya berhubung pembinaan tersebut pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Katanya lagi, dengan pelaksanaan projek ini kelak akan dapat merangsangkan lagi pertumbuhan kawasan-kawasan perindustrian dan pembangunan sekitar Bandar Klang, disamping meningkatkan  taraf sosio-ekonomi penduduk sekitar.

“Jambatan ketiga masih belum diberikan, oleh itu penduduk Klang perlu membuat kempen besar-besaran bagi menentukan projek pembinaan jambatan ketiga ini dapat dilaksanakan kerana ia berkeupayaan mempercepatkan proses pembangunan Sungai Klang” katanya.

Pada 6 Mac 2008,  Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km yang melibatkan kos RM 23 juta itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun.

Katanya, kerja pembinaan kemudahan jalan raya dan jambatan untuk projek berkenaan akan dimulakan dalam tempoh empat bulan dari Julai 2008.

“Saya percaya dalam tempoh  empat bulan ini bolehlah kita mula projek ini.Reka bentuk  untuk projek semuanya sudah selesai dan tawaran akan dipanggil secepat mungkin,” katanya.

Malah menurut Samy Vellu, pelaksanaan projek itu yang merupakan sebahagian daripada Jalan Lingkaran Bandar Klang yang bertujuan mengurangkan kesesakan di kedua-dua jambatan sedia ada iaitu Jambatan Kota dan  Jambatan Musaedin.

Selain itu, Samy Vellu turut menyatakan bahawa kementerian telah mengenal pasti dan memperakukan satu jalan penghubung di Bandar Klang yang merupakan sebahagian daripada jalan lingkaran itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Samy Vellu berkata, projek itu merangkumi pembinaan jalan dan jambatan yang akan menjadi satu lagi laluan alternatif bagi penduduk sekitar Bandar Klang.

Projek pembinaan jambatan ketiga melintasi Sungai Klang sepanjang 3.8 km itu juga telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Dalam ucapannya itu juga, Samy Vellu turut berkata kementeriannya juga merancang membina jambatan keempat yang akan memudahkan pengguna menggunakan Lebuhraya Pantai Barat untut terus ke Bandar Klang dan sebaliknya mereka dari  Bandar Klang boleh pergi ke Banting dengan lebih mudah. - tvselangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular