Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, June 7, 2011

Bukti Realiti Sikap Kroni Pemimpin UMNO !!



Pendedahan panas portal beruta Australia The Sydney Morning Herald tentang pembabitan adik seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri dengan satu skandal matawang jelas sekali membuktikan kepada rakyat Malaysia, bahawa inilah cara kroni-kroni mereka mencari makan. Sebelum ini, kami telah dedahkan perihal adik MB Pahang yang menjadi orang kuat IAEA, hingga menyebabkan Adnan Yaakob beriya-iya mahu failkan tindakan saman. Namun, inilah realitinya politik di Malaysia.
Barang sesiapa yang rapat dengan pemimpin UMNO sudah pasti akan menggunakan kuasa yang ada untuk merompak seberapan banyak khazanah rakyat untuk mengenyangkan tembolok mereka. Inilah hakikat yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Dalam kes terbaru yang didedahkan oleh portal berita terbabit pada tahun 2009Firma Securency Reserve Bank telah mengupah salah satu syarikat milik Haris Onn Hussein (foto) yang merupakan adik kepadaHishamuddin Hussein yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan harapan untuk mendapatkan kontrak mencetak wang kertas di Malaysia. Pendedahan ini telah membuka minat pihak berkuasaAustralia (AFP) untuk menjalankan siasatan samada terdapat unsur-unsur rasuah didalam urusan berkenaan. Haris Onn Hussein adalah adik kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Hishamuddin Tun Hussein dansepupu kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak.Syarikat Securency itu juga telah di siasat selama dua tahun oleh pihak berkuasa Australia kerana di percayai terlibat bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asean lain lagi.



Operasi firma Securency Reserve Bank sebagai pencetak mata wang

Bukti, laporan portal berita Australia The Sydney Morning Herald
[Sebenarnya syarikat tersebut juga telah banyak kali mendapat kontrak dari kerajaan Malaysia semasa anak beranak sepupu sepapat ini memegang kuasa dan sampai bila kita rakyat Malaysia hanya mampu lihat tanpa mengambil sebarang tindakan. Kesedaran harus di jelmakan supaya mereka semua tahu bahawa rakyat lebih berkuasa dan mereka yang ada di atas itu pun adalah atas belas ehsan rakyat jelata. Oleh itu, rakyat perlu mengajar pemimpin yang sebegini. Mereka ternyata khianat akan amanah yang telah diberikan dan sanggup menggunakan kuasa yang ada untuk memperkayakan tembolok masing-masing. Pilihanraya Umum ke-13 wajar dijadikan gelanggang terbaik untuk memastikan mereka dijatuhkan secara terhormat. Jika tidak sampai bila-bila pun rakyat Malaysia akan terus tertipu dengan permainan politik licik pemimpin UMNO BN itu sebenarnya. Lakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang] - arusperjuangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular