Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, June 7, 2011

Hukum QAZAF, UMNO Persenda Syariat dan Zul Kulim beriman dengan video seks!!!

UMNO, hangpa jangan nak persenda syariat Allah berhubung tuduhan ZINA!!!

Oleh: MID PANAH

Sebelum menjawab, Mid Panah nak minta para pembaca teliti dulu tulisan penjilat UMNO yang menamakan dirinya Mat Panah di bawah ini:
Walaupun sejak mula pendapat itu bercanggah dengan pelbagai pihak lain, yang melihat hukum kesaksian dalam Islam itu tidaklah sejumud otak sesetengah pemimpin PAS, Hadi tetap dengan pendiriannya. 

Tak kisahlah. Matpanah cuma nak persoalkan isu ini dengan cara mudah. Cara orang kampung. 

La ni matpanah nak tengok selepas ni apa Hadi dan puaknya nak kata kalau ada orang membuat kesimpulan, kita bukan saja boleh tengok video lucah, tapi juga tak payahlah dengar apa yang diseru dalam cd, vcd dan dvd,sama ada oleh PAS atau oleh mana-mana pihak lain, termasuk para pendakwah kerana ia hanyalah suara daripada 'besi' yang bukan sahaja tidak mempunyai mata dan telinga, tetapi juga tidak mempunyai otak.Jadi, nak pijak-pijak vcd dan dvd yang mengandungi ceramah PAS pun ok la kut. 

Dan matpanah tak tahu apa pendirian Hadi kalau nanti ada orang perlekeh vcd/dvd yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran, termasuk meletakkannya di tempat yang tak munasabah dan melangkahnya sesuka hati dengan alasan ia sekadar besi! 

Matpanah yakin banyak lagi kecelaruan yang akan timbul susulan sikap PAS dan kenyataan ambil mudah Hadi dalam mendepani isu ini. Tapi yalah, apa sangat yang boleh kita harapkan daripada sebuah parti yang presidennya dah mula menjadi KAYU!

Begitulah adanya. Menghina dan memperlekehkan pemimpin PAS, khususnya ulamak, memang menjadi cara hidup mereka. Pembaca (khususnya ahli-ahli PAS) jangan emosional apabila pemimpin kita dihina begitu rupa, kerana termakan provokasi musuh boleh menghilangkan fokus terhadap kerja dakwah dan menyampaikan kebenaran. Rasululllah SAW bukan setakat dituduh gila bahkan diserang secara fizikal oleh musuh-musuh Islam, kalau setakat pemimpin kita dituduh 'kayu' oleh puak2 tu maka berdoalah semoga Allah buka pintu hati mereka. Tak payahlah nak berdoa supaya penuduh tu serta keturunannya pulak jadi 'kayu', bab hukuman dunia atau akhirat itu kita serah pada Allah SWT.

Mid Panah bukan ulamak besar macam Qardhawi, tapi taklah jahil sangat macam Mat Panah, sekurang-kurang perkara asas dalam Islam Mid ambik tau jugak. Dalam Islam ada perkara khilaf tapi ada hukum yang telah ditetapkan tak boleh ubah, tak boleh rungkai dan guna akal untuk ubahnya.

Kesalahan yang berkaitan dengan hukum takzir, misalnya memperkosa, merogol maka terserah kepada pemerintah untuk menentukan bentuk hukuman. Dalam konteks sekarang ia dibicara mengikut Penal Code di mahkamah Sivil. Saksi dan buktinya juga tidak ketat seperti kesalahan mengikut hudud. DNA, video, pengakuan, saksi dll. semua boleh pakai.

Adapun kesalahan berkaitan hudud, ia adalah ketetapan Allah yang tidak boleh dipinda. Misalnya mensabitkan zina mestilah dengan 4 orang saksi yang adil (huraian terperinci disertakan di bawah)atau pengakuan si penzina mengikut syarat2 tertentu. Contoh yang mudah macam solat lima waktu sehari semalam, kita tidak boleh 'guna akal dan kebijaksaan' untuk jadikan solat cuma 3 waktu dengan apa hujah sekalipun.

Sekalipun hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini, namun pengesahan seseorang berzina atau tidak mestilah melalui kaedah yang sama, yang Allah tetapkan, tak boleh guna VCD atau sumpah laknat yang bukan dari ajaran Islam. Jangan nak cabar hukum Allah, boleh jatuh KAFIR! Allah tahu apa yang dia buat. Ini bukan soal Anwar atau Najib. Kalau ada video sex muka ala Najib pun, kaedah pengesahannya tetap sama.

Mat Panah guna hujah orang kampung (dia ingat semua orang kampung jahil) untuk mengatakan video juga ada nilai halal haram. Dia guna hujah loyar buruk untuk tafsir pandangan Ustaz Hadi kononnya video lucah tidak haram ditonton kerana ia cuma besi? Inilah yang dikatakan jahil murakab, jahil yang berlapis-lapis. Ustaz Hadi sebut video tiada nilai penyaksian merujuk kepada isu zina, isu yg mahu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Pahammmm?? bukannya aspek lain. 

Dalam Islam lain aspek, lain perkiraannya. Walaupun 'besi' (vcd) tidak diterima untuk zina, tetapi ia boleh jadi sebahagian dari bahan bukti dalam kes rogol contohnya(bukan kesalahan hudud).

Sebelum baca huraian panjang lebar berhubung isu ZINA dan QAZAF yang Mid lampirkan di bawah ini, Mid nak ingatkan Mat Panah... kita boleh berbeza dalam politik dan persepsi, tapi jangan kerana ketaksuban politik kita sanggup mempersenda, mencabar dan mempermainkan hukum Allah. 

Ganjaran dunia terhadap menyokong UMNO sehingga menyepak syariat Allah tidak padan dengan azab Allah yang bakal diterima di akhirat.. WAL'IYAZUBILLAH.

BACA PENJELASAN DI BAWAH INI YANG DIPETIK DARI PELBAGAI PIHAK... TAK FAHAM TANG MANA TANYA....

Penjelasan isu zina dan qazaf menurut Islam

Oleh: Nasrudin Hassan 

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar [pengakuan] atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar [Pengakuan]

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”

Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”

Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”

Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”

Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud): 

“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. 

Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”

Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”

Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.

Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”
Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui 

Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

• Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Abu Daud: Kitab al-Hudud] “Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”

• Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Ibn Majah: Kitab al-Talaq] : “Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”

• Iqrar [pengakuan] dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

• Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma’iz bin Malik.

• Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah [an-Nisa’: 15] yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

Firman Allah lagi [an-Nur:4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”

Firman Allah lagi [an-Nur:13] yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain [hearsay] juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani [atau ujian DNA] bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat [kekeliruan].

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat [kekeliruan].”

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih [berterus terang] dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan ‘awak bukan anak kepada si anu’ yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau ‘awak anak daripada hasil zina’ dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:
1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta’zir.
3. Islam, mengikut jumhur para ulama.
4. ‘Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:
1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah [manusia] dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba [manusia], kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan [berwajib] maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf [Menuduh Zina atau Liwat]

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah [an-Nur: 4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah [an-Nur: 23-24] yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

Dipetik dari artikel :
Al Fadhil Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS

Zulnordin... takkan hang nak beriman dengan video seks dan menolak Al-Quran?

(Rencana dipetik dari Kedah Lanie Info... diubahsuai semula mengikut cita rasa admin)

Iblis menyesatkan umat manusia melalui pelbagai cara. Sumpah Iblis di hadapan Allah ialah dia mahu menyesatkan manusia hingga hari Qiamat. Iblis tidak hanya bertumpu di premis-premis maksiat untuk menyesatkan manusia. Di tempat manusia beribadat kepada Allah pun banyak Iblis yang mahu menyesatkan manusia. Iblis tidak hanya menggunakan manusia yang zahirnya nampak sesat untuk memesongkan manusia. Dia juga boleh memperkudakan golongan manusia yang nampak warak, berkopiah dan berjanggut untuk menyesatkan manusia.

Saya tertarik untuk mengulas tulisan karya pembenci utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Nordin dalam blognya yang mengulas @ membelasah Anwar ke tahap yang paling maksimum. Isu yang meruntun saya untuk menulis di sini bukanlah isu manusia bernama Anwar bin Ibrahim itu, tetapi kebiadapan penulis tersebut mengandaikan sikap Allah terhadap isu liwat dan zina yang diperkatakan.

Kesimpulan yang dibuat oleh Zulnordin ialah Allah sudah menunjukkan kebenaran dalam isu liwat dan zina dengan mengutuskan beberapa petunjuk. Tiada satu pun dari petunjuk itu berdasarkan apa yang terkandung dalam syariat atau hukum hakam yang Allah tentukan.

Berikut adalah petikan dari tulisan yang menyesatkan itu:
Nanti bila sampai depan Allah, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "Teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai Allah.” Tak pasal-pasal Allah akan tempelak kita dengan berfirman: "Aku dah hantar 16 September, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar video klip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak Allah hantar lagi yop?”

Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik? Jika ini mustahil berlaku, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.

Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi . Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu tidak betul?

Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”

Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.

Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”

Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”

Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”

Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum? Sebab mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah.

Hukum berkaitan dakwaan zina dan menuduh orang berzina tanpa bukti yang syarie (qazaf) amatlah berat. Islam menetapkan selain dari empat saksi yang adil dan pengakuan penzina (yang memenuhi pula syarat-syarat tertentu) maka tiada cara ketiga. DNA, klip video lucah, Twitter, jam Omega, Datuk Eskay langsung tidak boleh dijadikan bahan bukti. Amat jahat lagi sesat untuk menuduh Allah SWT mengutuskan semua itu sebagai dalil kononnya untuk mengajak manusia berfikir. Sedangkan orang yang berzina sudah mengaku pun Rasulullah SAW enggan untuk mengesahkannya dengan segera. Berbeza dengan golongan jahil di akhir zaman, tertuduh sudah menafikan dia berzina sibuk pula depa menacri-cari bukti... jam Omegalah, Twitterlah..

Islam adalah agama yang menjaga maruah, terutama isu yang melibatkan zina. Tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh zina seseorang berzina melalui media-media picisan walau dengan dalil yang banyak sekalipun. Kebencian terhadap seseorang bukan alasan untuk membuat tuduhan palsu ‘memburukkan’ Allah seolah-olah Allah sudah berpihak kepada mereka, walhal merekalah pihak yang memijak syariat Allah.

Tulisan Zulnordin itu tidak boleh dipandang dari aspek politik semata-mata. Tidak terpisah politik dan hukum. Ulamak kena perhatikan sama politikus seorang ini yang melampau sangat tulisannya; menilai dan menggambarkan Allah Yang Maha Suci mengikut perspektif nafsu serakahnya.

Islam tidak pernah menjadi kan sumpah mengaibkan diri sendiri dan mengaibkan orang lain (seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari) kononnya telah menepati syariat. Islam tidak pernah membenarkan penayangan video lucah kepada umum walau atas apa alasan sekalipun. Islam tidak pernah memperakui orang fasik dan video lucah sebagai saksi mencari kebenaran.

Kebenaran terkandung dalam Al-Quran yang menetapkan hukum berhubung zina dan qazaf. Jika seseorang ‘beriman’ kepada video seks untuk menentukan kebenaran, maka bererti dia menolak Al-Quran.

Toksah pening isu video sex, ikut saja apa yg Allah dan nabi ajaq

Oleh: PAK DEE JANTAN

“Ihh sungguh ka Anwar ni? Muka macam dia tapi badan macam Najib…”
“Anwarlah tuu, muka sebijik macam dia”
“Issy takkan Anwar tegamak buat macam tu kot…”
“Mana sempat dia nak pikiag benda tu.. tiap-tiap hari masa tu naik turun mahkamah”

Itu antara dialog-dailog yang Pak Dee dengaq di gerai pulut udang Jalan Stadium.

“Hang macam mana Dee, agak-agak betoi ka Anwar?” tiba-tiba soalan tu diajukan dekat Pak Dee.

Pak Dee jawab, “Senang saja.. tak payah pikiag sampai penin kepala. Allah dah tunjuk kaedah nak tentukan seseorang tu berzina ke tak.” Pak Dee pun mula bersyarah panjang. Ni antara intipatinya:

Tidak semua syariat Allah boleh ditentukan oleh akal sebab akal manusia lemah dan terbatas. Allah menentukan bahawa pengesahan seseorang itu berzina hanya boleh ditentukan oleh empat orang saksi yang yang adil yang menyaksikan secara terperinci akan perlakuan zina. Bolehkah ini berlaku kerana jika saksi tidak mencegah maka awal-awal lagi mereka sudah jatuh fasik? Jika ini mustahil berlaku, maka itulah ketentuan Allah yang menyuruh umatnya tidak beriya-iya menuduh seseorang berzina.

Sejak syariat itu mula diperkenalkan di zaman Rasulullah SAW hingga ke hari ini, belum pernah terjadi syarat ‘empat orang saksi yang adil’ itu dipenuhi . Namun siapa di kalangan manusia beriman yang berani menyanggah bahawa syarat yang dibuat oleh Allah SWT itu tidak betul?

Selain dari empat orang saksi yang adil, pembuktian zina hanya berlaku dengan sumpah atau pengakuan yang dibuat oleh pelaku bahawa dia melakukan zina. Hanya melalui cara kedua ini, pesalah zina disabitkan, ia pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Sebelum disabitkan dan dijatuhkan hukuman pun Rasulullah SAW pastikan betul-betul terlebih dahulu. Pastikan pelaku tidak berbohong, mentalnya okay dan macam-macam syarat lagi.

Mengapa kelihatan susah sangat Rasulullah SAW hendak menghukum? Sebab mengikut prinsip keadilan Islam, kesilapan seorang hakim membebaskan orang bersalah adalah lebih afdhal dari kesilapan menghukum orang yang tidak bersalah. Itu semua ajaran Islam.

Manakalah mengikut ajaran toghut @ kafir pula seseorang itu boleh disahkan berzina berdasarkan video, jam omega, DNA, sumpah laknat penuduh, Twitter dan macam-macam lagilah.

Menghukum seseorang dalam perbicaraan di bawah Hudud sama saja dengan ‘menghukum’ seseorang dalam perbicaraan yang berlegar dalam pemikiran kita. Jika sudah tidak ada bukti untuk mensabitkan seseorang itu berzina (seperti ditetapkan syariat) elok kita BUANG KES saja dari pemikiran kita. Tak payah beriya-iya sangat nak yakinkan diri bahawa seseorang itu berzina. Islam tak suruh sampai macam tu. Tiada faedah pun melainkan menambah dosa. Akibat dosa itu boleh menjerumus ke neraka. Buat apa kita nak cari nahas. Tak dak kheja cari beban.

Di hadapan kita sekarang ada dua: Pertama kitab Al-Quran. Kedua video sex. Al-Quran kata sabit zina ialah dengan empat orang saksi yang adil. Tapi video sex kata, apa yang terkandung dalam video itu adalah benar.

Maka terpulanglah kepada orang Islam nak beriman dengan Al-Quran atau beriman dengan video sex sambil menolak Al-Quran.

Sumpah Laknat Datuk SK adalah ajaran sesat UMNO

Tiada dalam syariat Islam yang membenarkan seseorang bersumpah menyebut nama Allah bertujuan untuk menuduh seseorang berzina. Tiada keperluan untuk seseorang itu berbuat demikian melainkan untuk mengaibkan orang yang dituduh. Maka Islam sama sekali tidak membenarkan seseorang diaibkan dengan memperalatkan kalimah Allah.

Ajaran seperti itu hanya terkandung dalam anutan dan kepercayaan sebahagian ahli UMNO yang sesat dan menolak hukum Allah yang mensyaratkan seseorang yang mahu dituduh berzina; penuduh mesti membawa empat orang saksi yang adil sepertimana Firman Allah dalam Surah Annur.

Jika tidak mampu bawa saksi seperti itu lebih baik serahkan saja kes itu kepada Allah SWT untuk diadili di akhirat. Manusia tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menuduh atau mensabitkan seseorang berzina tanpa saksi seperti yang Allah syaratkan itu.

Sumpah Datuk Eskay bukan ikut syariat Islam

Oleh: Muhayat Jasmin 

SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin.

Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu.

"Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara.

"Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat.

"Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini," ujarnya.

Tak apa minum arak dalam masjid, sebelum minum baca Bismillah?

Oleh: Pak Dee Jantan

Dalam sebulan terakhir ini majoriti umat Islam yang masih menyimpan iman di dada ‘terganggu’ dengan akhlak dan tingkahlaku UMNO; bermula dari pemimpin, aktivis, penyokong, blogger, aktivis maya, media serta semua entiti yang ada kaitan dengan mereka – begitu rakus merosakkan nilai budaya, akhlak dan syaksiyyah Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat negara ini.

Fitnah, lucah, kata-kata kesat, maki hamun, sindiran, penghinaan dan menyemarakkan kebencian menjadi bahan hidangan untuk santapan rakyat. Sukar untuk dibayangkan bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam sedang bergelut dengan permainan politik jijik lagi terkutuk UMNO dalam usaha parti tua itu terus mengekalkan kekuasaannya di bumi yang bernama 1Malaysia ini.

Mereka tak peduli betapa akhlak generasi muda akan rosak akibat penyebaran bahan lucah tersebut kerana yang penting mereka terus berkuasa menongkat langit sampai turunnya Dajal.

Media-media utama negara seperti TV3 dan Utusan Meloya menjadi penyebar bahan lucah dan fitnah lalu disempurnakan oleh para aktivis alam maya mereka. TV3 misalnya dengan selamba ‘mengiklankan’ blog-blog yang menyiarkan video lucah. Blog-blog tersebut pula bebas menyiarkannya tanpa halangan dari pihak berkuasa. Pihak berkuasa yang begitu rakus terhadap program anjuran Pakatan Rakyat, buat-buat ‘buta dan pekak badak’ terhadap jenayah yang dilakukan di alam maya itu. Penyebar video lucah lepas, bebas tanpa tindakan. Segalanya menjadi halal kerana mendapat restu dari UMNO. Kerana UMNO, yang haram pun jadi halal.

Perbuatan menuduh orang berzina (qazaf) satu maksiat besar dalam Islam yang setaraf dengan maksiat meminum arak, telah dihalalkan termasuk oleh ulamak-ulamak ‘cari makan’ dalam UMNO. Malahan maksiat qazaf dibenarkan dibuat dalam Rumah Allah dengan kawalan pihak polis dengan memperalatkan Al-Quran serta sebutan nama Allah.

Ya, Allah apa sudah jadi dengan Malaysia tanahairku. Maksiat dibenarkan dilakukan dalam masjid secara bebas.

Perbuatan ulamak UMNO membenarkan maksiat qazaf dibuat dalam masjid hanya kerana pelakunya menyebut nama Allah, samalah macam mereka mengizinkan majlis minum arak dibuat dalam masjid di mana untuk ‘mengIslam’kan perbuatan itu sebelum minum arak baca ‘Bismillah’.

Ini bukan tuduhan tapi persoalan yang dilontarkan untuk difikirkan oleh seluruh umat Islam negara ini. Fikir-fikirkanlah apa akan jadi pada Islam dan ummah jika UMNO terus diberi mandat. - kedahlanie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular