Sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam, RentaP© sempat bersiar-siar di kawasan Dewan Undangan Negeri di Merlimau untuk melihat sendiri keadaan di sini.
Apa yang menariknya, rata-rata jalanraya di sini masih hitam pekat ditambah dengan warna cat garisannya yang masih putih bersinar-sinar. Ini menunjukkan kebanyakkan jalanraya di sini baru diturap tak sampai seminggu.
Melalui pemerhatian RentaP©, kebanyakkan jalanraya di sini baru sahaja dibuat secara serentak di banyak kawasan di sini. Tanpa disangka-sangka dengan ketentuan Allah, RentaP© dapat melihat dengan mata kepala sendiri, rupa-rupanya, jalanraya di sini sedang rancak diturap secara serentak ke semua jalan-jalan masuk ke kampung dan juga jalan utama.
Di bawah ini gambar-gambar yang diambil di Jalan Teluk Baroh 1 di Pekan Merlimau di mana lori dan jentera membuat jalanraya sedang rancak menurap tar di sebuah jalan masuk ke kampung.
Rakyat Merlimau jangan salah paham. Kesemua jalan-jalan ini diturap secara serentak tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil. Ali Rustam dah lama bercadang untuk menurap kesemua jalan yang ada di Merlimau ini secara serentak. Namun begitu secara kebetulan ADUN Merlimau meninggal dunia dan berlaku PRK. Projek menurap seluruh jalan yang ada di Merlimau sudah dirancangkan sejak sehari selepas Hang Jebat mati ditikam Hang Tuah di istana Melaka.
Projek menurap kesemua jalanraya di Merlimau sudah dirancangkan sebelum Kerajaan Melaka dijajah lagi. Ini semua satu keajaiban, ini semua kuasa tuhan, ini semua kebetulan. Malah projek menurap kesemua jalan di Merlimau ini sudah dirancangkan sebelum tar dicipta! Percayalah! Ini bukan gula-gula pilihanraya.
RentaP© "Kebetulan juga, semua jalan yang mahu diturap akan berlaku kematian ADUN Barisan Nasional..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/pilihanraya-kecil-merlimau-masa-untuk.html#ixzz1FBeRhpWr