JANGAN MANIPULASI BANGSA BAJAU!
Oleh : PP SEMPORNA
MEMBACA Laporan Blog Sembiraiku mengenai penggunaan Istilah sebutan ‘Melayu Bajau’ yang hendak diperkenalkan oleh Pertubuhan NGO USBO, kami dari Komuniti Bajau Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park) amat terkilan dan tidak bersetuju semasa sekali penggunaan Istilah tersebut kerana ia akan menghilangkan Identiti dan Hak Bajau itu sendiri sebagai bangsa yang bertamaddun dan mempunyai Identiti sendiri yang wajar dikekalkan dengan Identiti Borneonisasi.
Bagi menyahut kekhuatiran masyarakat FB terhadap perkara ini, kami memohon supaya USBO jangan meneruskan rancangan asimilisasi atau adaptasi Bajau ke arah Melayu, hanya kerana kurang faham apa itu bangsa dan apa itu Identiti.
Sepatutnya Presiden USBO (United Sabah Bajau Organisation) mengkaji sedalam-dalamnya konsep penggunaan istilah itu sebelum menyeru dan meminta masyarakat Bajau di Negeri ini menggunakanya. Bajau adalah bangsa yang bertamadun sejak ratusan tahun dahulu, bahkan mendahului ketamadunan suku-suku lain di rantau ini sebelum Kerajaan Melayu Melaka.
Ketamaddunan Bajau Boleh Ditemui Di Filipina
Sekitar tahun 1380 masyarakat Bajau di Filipina Selatan sudah menerima kedatangan Islam ke situ yang dibawa oleh Syeikh Karimul Makhdum dan seterusnya kewujudan Masjid ertama bangsa Bajau di Pulau Simunul, Tawi Tawi itu di sana masih boleh dilihat sehingga ke hari ini sebagai bukti bahawa masyarakat Bajau menerima ketamadduan lebil awal berbanding bangsa lain. Sanggupkah kita padamkan sejarah Islam dan hubungannya dengan Bajau?
Perjuangan Bajau Boleh Ditemui Di Sabah Malaysia
Perjuangan Bangsa Bajau di Sabah yang dipimpin oleh para Ulama dan ahli sufi sejak era Magindora sebelum kedatangan British 1881 yang pernah direkodkan oleh penjajah British.
Bangsa Bajau adalah bangsa yang pertama pernah mengistiharkan perang menentang British kerana tidak mengiktirap ‘Perjanjian Pajak Gadai’ antara BNBC dan Sultan Sulu 1881, seterus menyerang penempatan British di Silam, Lahad Datu sekitar 1884 dan 1885 dari Kominiti Bajau Omadal, Semporna Sabah. Era ini membuktikan mereka adalah bangsa yang berjuang demi mempertahankan tanah air.
Seterusnya seorang anak Bajau campuran Suluk, Paduka Mat Salleh meneruskan pemberontakan terhadap British dengan menyerang Wilayah Pantai Barat Sabah. Sanggupkah kita memadamkan sejarah perjuangan Bangsa kita hanya kerana tujuan menyesuaikan diri mengejar pangkat dan projek?.
Kerajaan Bajau/Wajo Boleh Ditemui Di Indonesia
Kerajaan-kerajaan Bajau sebenarnya telah wujud sekian lama di rantau ini se awal 1300 sebelum Kesultanan Sulu sehinggalah kepada Kerajaan Bajau di Makassar, Kesultanan Gowa, Luwu, Bima dari Sulawesi dan Kerajaan Islam Asia Tenggara yang ada di Borneom Kalimantan seperti Kesultanan Kutai, Kesultanan Bulungan, Kesultanan Banjar termasuk Kesultanan Brunei yang pernah didominasi oleh Bangsa Bajau.
Saya ingin mengambil contoh Kerajaan Gowa di Makassar Sulawesi Selatan yang berasal dari Kerajaan suku Wajo/Bajo Pimpinan Arong Mattoa adalah salah satu bukti bahawa Ketamaddunan Bajau telah wujud sekian lama.
Bahkan Perdana Menteri kita hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keturunan langsung ke 19 Kesultanan Gowa, Makassar dari suku Wajo/Bajo Keturunan Sultan Hassanuddin yang telah merantau ke Pahang.
Karaeng Aji yang terpaksa meninggalkan tempat asalnya untuk belayar Pahang dengan bantuan pelayar-pelayar Bajau Balangingi kerana tidak setuju dengan perjanjian Bungaya di antara Kesultanan Gowa dan Aru Palaka, Raja Bugis Bone yang bersekongkol dengan belanda. Sanggupkah kita padamkan Sejarah Bajau yang pernah membantu keturunan PM kita?
Perdana Menteri Malaysia Anak Gowa Suku Bajo.
”Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Takhta Raja Gowa, melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus. Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi,” kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melawat Gowa, Sulawesi Selatan pada 15 Mei 2009.
Najib, sebagai anak Bajau Pertama rakyat Malaysia yang menjadi Perdana Menteri negara ini, mungkin terpaksa mengkaji semula salsilah keturunannya dari Bugis Makasar suku Wajo.
Proses asimilisasilah yang menyebabkan beliau mungkin kurang memahami susurgalur keturunan Bugisnya tetapi hakikatnya sejarah mengatakan bahawa beliau waris tulen Kerajaan Gowa dari Suku Wajo yang diasimilisasikan kepada Bugis.
Anak Gorontola Juga Mungkin Menjadi Presiden Indonesia Ke 3
Di Indonesia, Bacharuddin Jusuf atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie yang lahir di Pare Pare, Makasar; ayahnya berasal dari Gorontola, Sulawesi Utara adalah dari kawasan wilayah Bao atau Wajo yang telah diasimilisasikan menjadi Bugis kerana proses yang sama.
Kehebatan pemimpin Bajau, seperti Tun Razak, BJ Habibie yang mencipta nama dalam arena politik antarabangsa telah diadaptasi oleh proses asimilasi kepada bangsa lain seperti Melayu dan Bugislah yang menyebabkan Bajau kehilangan identiti secara berterusan.
Bersediakah kita menulis sejarah baru nanti bahawa Tun Mustapha, Tun Sakaran, Tun Said Keruak, Datuk Salleh, Usu Sukam yang pernah menjadi Gabenor atau TYT serta Ketua Menteri Sabah ini adalah Keturuan Melayu suku Wajo?.
Martabat Bajau Terbela Di Sabah Malaysia
Satu-satunya negara yang menjadi peninggalan Bangsa bajau dan warisan Bangsa di atas muka bumi yang masih boleh kita banggakan adalah Sabah, Malaysia.
Sabah adalah negeri merdeka yang telah menjadi peninggalan warisan nenek moyang kita yang boleh menerima kita sebagai bangsa yang bermartabat dan mendapat kemerdekaan secara mutlak.
Di negara lain kita telah mengalami proses asimilasi sehingga bangsa kita menjadi bangsa yang tidak mempunyai identiti tulen terpaksa menumpang kasih kepada bangsa lain. Di Filipina, Bajau telah diadaptasi dengan budaya Suluk dan lebih teruk lagi generasi ini telah banyak murtad meninggalkan agamanya kerana tidak sanggup menjadi bangsa yang tiada identiti.
Di Indonesia khasnya, Sulawesi, kita sedia maklum Masyarakat Bugis hanya tertumpu di Selatan iaitu Kerajaan Bugis Bone Sulawesi Tenggara, sementara yang lain mempunyai kerajaan masing-masing yang terdiri dari pelbagai suku dan bangsa. Namun adaptasi dan asimilasi semua kerajaan Islam Sulawesi dan Kalimantan maka mereka telah menjadi kerajaan Bugis, walaupun hakikatnya mereka bukan suku Bugis.
Makasar, Luwu, Soppeng, Gowa telah menjadi Bugis Makasar, Bugis Luwu, Bugis Soppeng, Bugis Penderang, Bugis Banjar, Bugis Pontianak, Bugis Kutai, Bugis Tidong dan sebagainya.
Walhal semua tempat ini sebenarnya bukan suku Bugis dan mempunyai bangsa sendiri, ketamaddunan sendiri dan kerajaan sendiri serta mempunyai martabat masing- masing. Bolehkah kita terima apa yang berlaku di Kalimantan dan Sulawesi itu?
Perjuangan Masyarakat Bajau di Sabah adalah adalah titik tolak kepada kemerdekaan kita yang sebenar, perjuangan dan kebebasan idiologi kita yang harus kita pelihara dengan baik supaya dapat diwarisi oleh anak cucu kita pada masa akan datang.
Jesteru itu adalah wajar perjuangan USBO di Sabah memberikan penumpuan perjuangannya terhadap sejarah, budaya, sosial dan politik di negeri ini tanpa mengdaptasikannya kepada proses asimilasi ke dalam dunia Melayu.
Jika tidak sanggup berjuang untuk bangsa Bajau, bubarkan saja nama Bajau dari Pertubuhan USBO atau adakah kita akan menulis sejarah kita dan memberitahu generasi kita bahawa pada satu ketika Pemimpin Melayu Bajau dan Melayu Dusun, Melayu Brunei, Melayu Kadazan, Melayu Dayak, Melayu Iban, Melayu Tidung, Melayu Suluk dan lain lain adalah suku yang memperjuangkan kemerdekaan kita.
Alam Bajau amat indah dan cantik. Janganlah ia dicemari oleh konsep dan istilah yang bakal menghilangkan identitinya serta sejarah kemaddunannya. Peliharalah Bajau dan abadikanlah Bajau di tempat yang wajar dan bukan menumpang tuah dari bangsa lain.
Berpeganglah kita kepada Peribahasa Bajau yang pernah menjadi ungkapan nenek moyang kita, “Bang Alam Bissalah Alam Na Bangsa.”
Janganlah kita menjadi Bajau yang hiprokrit, pentingkan diri sendiri sehingga sanggup menjual maruah bangsa sendiri kepada orang lain kerana kepentingan serta agenda terbunyi kita sendiri seperti mana peribahasa Bajau :
“Kayu Kayu Langkau Nyana Nganjaga Nyana Nangkau”
Mohon jasa baik Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak agar menghentikan ideologi yang kurang bijak dan bakal melenyapkan identiti bangsa Sabah dan teruskanlah perjuangan USBO untuk Bajau atau Datuk Seri wajar melepaskan jawatan Presiden Bajau itu untuk diamanahkan kepada pemimpin Bajau yang sayang kepada bangsanya.
Tulisan ini tidak membawa maksud dan memandang prejudis kepada Bangsa Melayu tetapi adalah sekadar mengingatkan Pemimpin Bajau supaya lebih bertanggungjawab terhadap bangsa.
SabahKini