NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah, meminta pihak Kuala Lumpur khususnya Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin agar menyegerakan penyelesaian isu tertunggak projek pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang kini semakin hangat dan menjadi topik bualan masyarakat tempatan tanpa mengira dimana sahaja mereka berada. Tegasnya, selagi ia tidak diselesaikan secara mutlak selagi itu rakyat tempatan semakin rancak mempertikaikan keputusan kerajaan yang melengah-lengahkan tindakan tersebut, sedangkan masalah tersebut dikategorikan sebagai ‘ibu segala masalah jenayah’ di Sabah. ”Masalah tersebut sudah menjangkau lebih 20 tahun berterusan begitu sahaja, namun pihak terbabit khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekadar mampu ‘menyibuk' terutama sekali bila pilihanraya umum semakin hampir tetapi hasilnya kosong,” kata beliau yang menyifatkan pemimpin BN Sabah cuba menutupi isu penting ini. Jimmy yang juga Ketua CLC Tenom seterusnya berkata, kedudukan isu Kad Pengenalan palsu dan kerakyatan kepada PATI bukan perkara baru malahan ia telah wujud sejak kerajaan USNO, Berjaya, PBS dan kini BN, tetapi usaha menangani masalah tersebut memang sukar diatasi jika masalah itu mempunyai agenda lain. “Demi keselamatan, kedaulatan dan keharmonian negeri dan rakyat Sabah, kita menyokong cadangan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Bumburing supaya kerajaan pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menangani masalah itu, tetapi sebaliknya kita kecewa bila KDN menolaknya,” tegasnya lagi. Kata Jimmy, Kerajaan Pusat wajib mengenepikan segala perbezaan politik, tetapi sebaliknya mereka harus lebih fokus kepada usaha melayani permintaan rakyat Sabah yang mempunyai rasionalnya. Jimmy turut menegaskan bahawa kini SAPP sedang bergerak menjalankan kempen mendapatkan tanda tangan daripada semua lapisan masyarakat di seluruh Sabah tanpa mengira status mereka untuk diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong dalam usaha mendapatkan perkenan Baginda bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Ketika ditanya apakah kempen tandatangan itu akan turut bergerak ke kawasan pedalaman dan bagaimana sambutannya setakat ini Jimmy berkata; “Kempen itu melibatkan semua kawasan di Sabah. Manakala di pedalaman juga akan mula bergerak dalam beberapa hari lagi. Mengenai sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana semua rakyat beriya benar mahukan penubuhan Suruhanjaya tersebut,” tegas beliau. Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung laporan media baru-baru ini ada beberapa penduduk di Mukim Rundum meluahkan kekuatiran yang mereka (penduduk) akan menjadi pelarian di bumi sendiri selepas Jabatan Perhutanan mengharamkan tanah dan perkampungan di situ kerana didakwa telah memasuki kawasan hutan simpan beliau berkata; “Saya sedih mendengar masalah tersebut berlaku di kawasan tanah tumpah darah mereka sendiri, sedangkan di situlah kelahiran mereka turun temurun sejak nenek moyang mereka lagi. Anehnya, kawasan hutan simpan di situ baru digazetkan sekitar tahun 1984. Jadi saya harap wakil rakyat di situ akan dapat mengatasi masalah tersebut dengan seberapa segera,” tegas Jimmy. Kata Jimmy lagi, beliau tidak mahu membuat kesimpulan secara melulu berhubung perkara tersebut selain akan berkunjung ke tempat itu untuk mendapatkan maklum balas senario yang sebenarnya berlaku daripada para penduduk kampung yang terlibat. “Kita tidak mahu komen apa-apa dulu kerana kita mahu lihat dulu keadaan sebenarnya. Kalau boleh kita juga elakkan spekulasi politik terlalu banyak dari mana-mana pihak kerana khuatir penduduk akan lebih tertekan,” tambah beliau lagi. |
Monday, February 28, 2011
KDN SEKADAR JADI ‘PENYIBUK’.
Oleh: MAIL MATHEW
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
The 2010 Investment Report shows that the total investment in the 4 Pakatan States exceeded the total investment in the 9 BN control states...
-
Pada tahun 1987, UMNO menghadapi masalah yang paling getir apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Tun Dr. Mah...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
Pengendali pusat hiburan di Johor Bahru mahu pihak majlis tempatan memberi sedikit kelonggaran berhubung larangan aktiviti hiburan pada huju...
-
NAJIB PERLU BERSIKAP ‘GENTLEMAN’ DAN TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT DALAM PRU 13
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
Ketika singgah membeli Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru beberapa malam yang lepas,penulis tertarik dengan dua helai kain rentang yang...
-
Oleh: MUTALIB M.D
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
-
Buktinya, lihat gambar ni.. Dan dengar cerita beliau antara AHLI UMNO BAHAGIAN BESUT. Wah wah waaaaaaaaaaaahhh.. Pandai UMNO cover ehk?
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
