Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

Perbicaraan kes Fitnah II bersambung



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada Isnin, 14 Februari 2010.



Perbicaraan ini dijangka berlangsung selama enam minggu sehingga 25 Mac.
Mahkamah dijangka memanggil dua doktor daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Shueu Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan untuk disoal balas peguam bela Anwar berhubung spesimen air mani yang kononnya dikutip dari tubuh mangsa.
Namun, pakar perubatan yang memantau perbicaraan bagi pihak Anwar, Dr Brian Leslie McDonald dan David Lawrence Noel Wells, hanya hadir memberi keterangan bermula 20 Februari kerana mereka terlibat dengan kes mengenal pasti mangsa banjir di Australia.
Pada 14 Januari lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan Anwar agar hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari kes Fitnah II.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Low Hop Bing memberi alasan Anwar tidak mempunyai hak merayu pada peringkat awal perbicaraan dan membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.
Rayuan itu dibuat setelah permohonan pada 6 Disember untuk meminta Hakim Zabidin Mohd Diah menarik diri dari mendengar kes tersebut, ditolak selepas Hakim Zabidin mengancam peguam Anwar, Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.
Karpal diancam demikian selepas beliau bertegas mahu mendapatkan borang proforma yang dirujuk saksi, Dr Dr Siew Sheue Feng. Dr Siew sebelum ini berulangkali enggan merujuk borang tersebut agar pasukan peguam Anwar tidak mempunyai akses kepada borang itu.
Namun akhirnya, Dr Siew terpaksa menyerahkan borang tersebut selepas beliau didapati merujuk borang tersebut pada waktu rehat sidang mahkamah.
Sebelum ini juga, beberapa permohonan daripada pasukan peguam Anwar untuk memastikan perbicaraan yang adil berlangsung juga ditolak oleh mahkamah:
1. Anwar pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar HKL yang menjalankan pemeriksaan perubatan terhadap Saiful bagi pembelaan kes Fitnah II.
Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit.
Hakim menolak permohonan Anwar itu dengan alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.
2. Anwar sebelum ini memohon mendapatkan keterangan bekas sukarelawan KEADILAN, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu.
Peguam Anwar, Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.
Permohonan tersebut juga ditolak oleh Hakim Zabidin atas alasan tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di mahkmah.
3.  Anwar memohon agar perbicaraan Fitnah II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes, Saiful Bukhari dan salah seorang anggota pasukan pendakwa.
Bagaimanapuan, Hakim Zabidin menolak permohonan Anwar tersebut. Namun, di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen perbicaraan.
4. Anwar membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alasan ia tercemar namun hakim menolak permohonan tersebut.
Pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu ‘tercemar’ kerana doktor daripada Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan itu tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada peguam pembela.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular