Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus menggunakan isu lapuk bagi mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.
Semalam beliau berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.
Katanya, beliau hairan bagaimana Pas sanggup bersekongkol dengan DAP sedangkan parti terbabit secara jelas menentang kewujudan negara Islam di Malaysia.
"Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh (sekarang Pengerusi) pernah menegaskan supaya langkah mayatnya dulu jika Pas mahu mewujudkan negara Islam.
"Semua pemimpin Pas membisu apabila Karpal kata begitu," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 di Bandar Jengka semalam.
Ternyata Najib terus berusaha mengelirukan rakyat khususnya orang Melayu supaya membenci PAS dengan berterusan menghentam PAS kononnya membelakangkan Umno parti orang Melayu Islam berkawan dengan DAP yang anti Islam.
Kita hairan bagaimana Najib menuduh DAP anti Islam sedangkan DAP tidak pernah membunuh orang Islam dan DAP tidak pernah juga mengugut untuk bertindak jika negara Islam hendak dilaksanakan. Malah Karpal Singh juga sudah mula kendur dalam isu negara Islam apabila berkata perkara ini boleh dibincangkan oleh pimpinan tertinggi PR.
Apa yang kita semua sedia maklum, parti yang secara terang-terangan menolak negara Islam ialah Umno apabila pimpinan Umno mengugut kerajaan negeri Kelantan dengan pelbagai ugutan jika undang-undang hudud hendak dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu. Selain itu pemimpin Umno mempersendakan undang-undang Islam dan negara Islam. Kita tidak hairan jika Karpal Singh menentang negara Islam yang kita hairan ialah mengapa pemimpin Umno lebih hebat menentang undang-undang Islam dan Negara Islam.
PAS tidak pernah menolak perpaduan dengan Umno tetapi Umno sendiri tidak pernah berubah apabila terus menerus menekan PAS dengan pelbagai tekanan dan diskriminasi. Selain itu Umno sendiri masih terus mahu mempertahankan ideologi sekularisme, pragmatisma dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berubah dari segi rasuah, kezaliman (ISA, OSA dan lain-lain) juga dari segi semangat federalisme dan sebagainya.
DAP tidak pernah membunuh umat Islam tetapi siapakah yang membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya di Memali pada 19 November 1985.???
Pendapat Pembaca : Ahmad Danial, Melaka