Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 28, 2011

ALI RUSTAM TAK DAPAT BEZA DI ANTARA DINASTI DAN DEMOKRASI

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ahli Rustam  semakin pening menjelang Pilihanraya Kecil N27 Merlimau. 

Beliau sudah keliru  dan tidak dapat membezakan di antara istilah dinasti dan demokrasi. Dinasti merujuk sistem pewarisan ahli keluarga dari satu generasi ke satu generasi. Manakala demokrasi pula berdasarkan suara ramai atau suara majoriti.

Pakatan Rakyat sebelum ini mepertikaikan pemilihan calon Umno di Merlimau Roslan Ahmad yang mengamalkan sistem dinasti dalam Umno.(Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994).

Sehinggakan Ketua Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang kecewa kerana tidak dipilih menjadi calon dan mengambil tindakan menutup bilik gerakan Wanita Umno di Merlimau.Ali Rustam cuba menghentam kembali  Pakatan Rakyat kononnya mengamalkan sistem dinasti dalam parti.

Ternyata tindakan menghentam Pakatan Rakyat dengan memberi contoh dalam PKR  dan DAP  terkena kepada batang hidung sendiri dan semakin menunjukkan betapa tidak cerdiknya Ketua Menteri Melaka ini. Pemilihan Datin Wan Azizah sebagai Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dilakukan melalui pemilihan parti secara demokrasi. Begitu juga apa yang berlaku dalam DAP. Berbanding dengan pemilihan Roslan dilakukan melalui kuasa Pengerusi Perhubungan Umno  melalui mesyuarat Bahagian dan disahkan oleh Presiden Umno.

Tak akan itu pun payah nak fikir. Kepada penasihat  dan Setiausaha Politik Ali Rustam tolong le bagi nasihat yang bernas sikit supaya orang Melaka tidak menjadi mangsa menjadi bahan ketawa kerana kecerdikan Ketua Menterinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular