Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 23, 2011

Muhyidin Yassin nak swastakan sekolah pulak


Tindakan ini akan meningkatkan kos sedia ada.

Senang betul jadi menteri, kalau malas nak fikir pasal sekolah swastakan sahaja sekolah, biar orang lain yang ambil tahu hal ehwal sekolah, kena bayar lebih tak apa, bukan duit menteri, itu semua duit kerajaan, duit rakyat, menteri tak rugi apa-apa.

Cadangan baru Pak Din anak Yassin, untuk menswastakan sekolah benar-benar di luar jangkaan. Apa dah jadi ni sampai nak swastakan sekolah kerajaan pulak? mana tanggugjawab sosial kerajaan kepada rakyat? Apakah dgn cadangan tersebut ibubapa/penjaga pelajar akan membayar kos pengurusan sekolah dan mgkin juga gaji guru?

Apa perlunya untuk menswastakan sekolah kerajaan? Menteri dah malas nak buat kerja? Dah malas nak uruskan hal ehwal sekolah? Dah malas nak ambil tahu hal ehwal pengurusan pembinaan sekolah? Kalau dah malas buat kerjaserahkan sahaja kepada orang lain yang masih rajin nak buat kerja, masih sanggup nak jaga kebajikan rakyat.

Tindakan ini akan meningkatkan kos sedia ada. Mungkin penyokong-penyokong kerajaan akan kata ini cerita karut, cerita fitnah dan macam-macam dari pihak pembangkang. Jadi di sini, RentaP© bagi bukti dari akhbar rasmi pembodek kerajaan sila rujuk link ini [Utusan]

Semua benda nak swastakan, tak payahla ada kerajaan, tak payah kutip cukai. Lagi elok, tak payah perintah Malaysia lagi, swastakan saja Malaysia kepada Pakatan Rakyat.

RentaP© "Kalau boleh jual, dah lama sekolah kena jual, duit masuk kocek menteri"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular