Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

umNO Pahang rasuah ahli pemimpin Keadilan keluar parti


KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.


Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.

“Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.

“Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.

“KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.

“Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu,” katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.

Peliknya, Saifuddin berkata, ada antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi. -KeadilanDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular