Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

Uthayakumar : Perhimpunan aman tetap diteruskan


SHAH ALAM, 25 Feb –


 Perarakan raksasa yang bakal berlangsung pada Ahad ini tetap diteruskan kata Penasihat Parti Hak Asasi Manusia (HRP),
P.Uthayakumar

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Hindu Rights Action Force atau Hindraf adalah satu badan yang diharamkan, namun  menurut Uthayakumar, ia adalah satu perhimpunan aman yang dibolehkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
” Kami ingin menegaskan di sini bahawa menurut artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan,perlembagaan telah pun memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dengan tidak membawa senjata. Menurut lunas perlembagaan ini, kami akan meneruskan dengan perhimpunan aman kami,” katanya.
Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin berkata, Umno juga pada suatu ketika dahulu pernah diharamkan dan mereka kembali dengan Umno yang baru.
Hal itu katanya sama dengan Hindraf apabila pertubuhan itu kembali dengan nama baru yang telah pun didaftarkan kepada pendaftar pertubuhan dengan nama Hindraf Makkal Shakti.
” Apa yang kami ingin jelaskan di sini ialah pada akhir tahun 1980-an Umno sendiri pernah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Umno menjadi Umno baru. Jadi demikian juga Hindraf pada hari ini yang menjadi Hindraf Makkal Shakti.
” Permohonan untuk mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti ini telah pun diserahkan kepada pendaftar pertubuhan pada 2 Oktober 2009 dan kami telah memperolehi  akuan penerimaan pada pendaftar pertubuhan tersebut,” jelas Uthayakumar.
Menurut Uthayakumar, ketika pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi pihaknya telah memaklumkan akan mengikuti segala peraturan termasuk berjanji perarakan tersebut tidak akan menjejaskan perniagaan dan lalu lintas di kawasan terbabit.
” Namun demikian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah menolak tawaran kami dan hari ini kami telah pun menghantar satu rayuan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur  supaya satu permit dikeluarkan dan dalam apa jua keadaan, kami akan terus dengan perhimpunan aman kami pada Ahad ini,” katanya lagi.
Semalam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, permohonan permit yang dibuat parti itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak diluluskan atas dasar keselamatan.
Perarakan raksasa pada Ahad ini dijadual bermula jam 9 pagi dari KLCC menuju ke Balai Polis Dang Wangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular