Yaa betooll....ini antara jasa UMNO dalam membela orang Melayu:
- Menggadai lebih separuh tanah rezab Melayu
- Menghapuskan biasiswa yang termaktub dalam perlembagaan kepada orang-orang Melayu.
- Menggagalkan matlamat 30% penguasaan ekonomi bangsa Melayu melalui DEB
- Menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.
- Menyerahkan Pulau Batu Putih kepada negara lain sehingga tiada lagi batu.
- Menghapuskan tulisan bangsa Melayu iaitu tulisan Jawi hingga ramai anak-anak Melayu tidak tahu jawi.
- Tidak memandang berat Melayu ramai murtad dari Islam.
- Melemahkan pengaruh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
- Melahirkan dua orang anak Melayu sebagai pembunuh Althantuya.
- Melesapkan RM53 bilion saham Melayu dan bumiputra selama pelaksanaan DEB.
- Membantutkan pemikiran bangsa Melayu terutama yang berada di luar bandar dengan hidangan Utusan Meloya dan Berita Hairan serta melalui media-media eletronik pengampu terulung
- Menghalang 1 Universiti Merdeka untuk membuka beratus-ratus universiti merdeka yang lain.
- Mencipta siri drama Liwat terpanjang dalam dunia.
- Membiar seorang perempuan yang suka ke luar negara mengaku FLOM yang terang-terang menghina Raja Permaisuri Agung.
- Menggadai banyak tanah-tanah orang Melayu Pulau Pinang sama ada secara sendiri atau melalui agensi-agensi proxy.
- Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang paling canggih dan terpantas dalam dunia sejak zaman pemerintahan Pak Lah dengan bajet yang besar yang entah ke mana.
- Merosakkan reputasi raja-raja Melayu dalam kes rampasan kuasa di Perak dalam kes perlantikan Kusrin di Selangor.
- 'Menswastakan' saman ekor.
- Melahirkan menteri hal ehwal pengguna yang menipu kerana berkata harga minyak akan ikut turun naik harga minyak dunia tetapi menaikkan harga minyak apabila katanya harga minyak dunia naik dan tetap tidak turunkan harga minyak walaupun tatkala harga minyak terdapat penurunan. Tapi beliau mengumumkan harga ron 95 dan disel tidak naik setakat hari ini yang memberi makna bulan depan kemungkinan besar harga minyak ini akan naik.
- Berusaha gigih menipu rakyat Melayu yang disangka bodoh dengan retorik ekonomi kukuh yang realitinya negara semakin tak berduit!
- Penyekat peluang peneroka baru Melayu dengan pembukaan FELDA Plantation.
23. dan iyeahhh....banyak lagi jasa-jasa UMNO
garamlada