Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

Kerdau : Pembangunan BN; setelah 15 tahun???

-Baru dibaikpulih, itu pun kerana PRK Kerdau!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/RAKR%20Pata%20Taram.JPG

TEMERLOH- Kerajaan meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula 131 rumah Projek Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Perumahan Paya Taram Kerdau yang mengalami kerosakan setelah siap dibina 15 tahun lalu. 

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kerja-kerja baik pulih rumah tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. 

Menurutnya, Unit Perumahan dan Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bersetuju meluluskan peruntukan bagi membolehkan pembeli menduduki menduduki rumah berkenaan. 

“Daripada 198 unit yang dibina sejak 15 tahun lalu, sebanyak 131 daripadanya mengalami kerosakan teruk dan perlu diperbaiki. 

“Semua rumah itu sudah ada pemilik tetapi mereka tidak boleh mendudukinya apabila rumah itu mengalami kerosakan teruk menyebabkan pembeli enggan mendudukinya,” katanya. 

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/RAKR%20Pata%20Taram1.JPG
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, anggaran membaiki rumah PAKR itu sebanyak RM16,000 setiap unit dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) bersetuju menanggung semua kos kerja-kerja membaik pulih. 

Menurtnya, tender pembaikannya akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan kerja baik pulih dapat segera dijalankan. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Paya Taram bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Safian Ismail, dekat sini. 

Turut sama melawat projek itu ialah calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. 

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, jalan sepanjang 5 kilometer dari bandar Kerdau ke Kampung Cengkenik melalui jalan lama akan dinaik taraf tidak lama lagi. 

Menurutya, peruntukan sebanyak RM7juta sudah dimohon daripada Kerajaan Negeri dan projek itu akan dilaksanakan sebaik sahaja diluluskan. 

Katanya, jalan itu perlu dinaik taraf untuk memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kerdau, Guntung, Kelibang serta beberapa kampung sekitarnya untuk memudahkan penduduk mengeluarkan hasil pertanian.-SinarHarian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular