Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qardawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disokongnya di Mesir.
Anwar merujuk kepada laporan National Review yang memetik Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.
Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap penyumbang dalam proses menjayakan demokrasi di negara itu selagi tidak menolak keganasan.
" Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?, " kata Anwar.
"Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," tambah Anwar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Najib dalam wawancara itu berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap bersama-sama dalam proses menjayakan demokrasi di negara ini selagi tidak menolak keganasan.
"(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme," kata Najib.
"(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme," kata Najib.
Malah Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi.
Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.
Menurut Anwar, kenyataan Najib itu membuka pekung kecurigaan Najib kepada ulama tersohor dan gerakan Islam seluruh dunia.
"Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap beliau, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut," tegas Anwar.
Sharpshooter - Najib...eloklah suruh suamimu perdana menteri rosmaah mansor tarik balik Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431 yang pernah diberikan kepada Sheikh Yusof Al-Qaradawi.Mana hilangnya suara 40 ulamak muda umno dan pejuang agama melayu no1 zul noordin dalam hal ini...masih tidur nyenyak di bawah ketiak bik mama ka...