Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

PRK Merlimau: Polis Minta Penyokong Parti Berkumpul Berasingan

JASIN: 
Polis mahu penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS berhimpun di kawasan yang ditetapkan dan menggunakan dua jalan berbeza yang ditetapkan ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pagi Sabtu. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle berkata, penyokong BN berhimpun akan berhimpun dari arah pekan Merlimau iaitu di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
Manakala, penyokong PAS pula, ujar beliau, mereka akan berhimpun berdekatan padang Majlis Perbandaran Jasin dari arah Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
"Jalan utama di hadapan politeknik sehingga Taman Merlimau Utara akan ditutup untuk semua kenderaan bermula jam 6.30 pagi esok," katanya kepada pemberita di Politeknik Merlimau di sini Jumaat.
Hadir sama ialah Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Chuah berkata pengguna yang menggunakan lebuh raya AMJ diminta mematuhi arahan polis trafik yang akan menunjukkan kepada pemandu kenderaan arah dan papan tanda bagi kedua-dua penyokong parti berhimpun. "Penyokong BN perlu keluar melalui susur di Serkam sekiranya mereka dari arah Bandar Melaka manakala dari Muar memasuki susur keluar di Batu Gajah dan bagi penyokong PAS menggunakan susur keluar Merlimau,"katanya.
Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau bermula 9 pagi Sabtu di Dewan Politeknik Merlimau manakala pengundian pada 6 Mac ini.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lepas kerana serangan jantung.
Sehingga kini BN mengumumkan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, akan bertanding bagi kerusi itu sementara PAS pada Jumaat malam mempertaruhkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, 38, sebagai calonnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular