Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

Azmin: Jentera PKR Akan Berkampung Di Kerdau

TEMERLOH 25 FEB: 



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi jaminan bahawa partinya akan berkampung di Kerdau bagi membantu PAS menghadapi pilihanraya kecil(PRK) bulan depan.

Berucap pada majlis penamaan calon di Kompleks PAS Kerdau semalam, beliau menyatakan sokongan penuh kepada calon taruhan PAS, Hassanuddin Salim yang diumum Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat malam tadi.

"Saya bagi pihak PKR memberi jaminan dan janji kami kepada PAS.

"Insya Allah seluruh jentera parti keadilan rakyat akan berkampung dalam DUN Kerdau ini," katanya.

Azmin yakin tidak ada sebab Kerdau tidak boleh bertukar tangan dari Umno kepada Pakatan Rakyat.

"Saya percaya pengundi Kerdau juga sudah bersedia untuk membawa perubahan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Calon PAS, Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di DUN Kerdau pada pilihanraya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

Selain Azmin, pimpinan PKR lain yang hadir termasuklah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan bekas timbalan presiden, Senator Dr Syed Husin Ali.

Manakala wakil DAP pula diwakili Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon dan 6 Mac sebagai hari pembuangan undi di PRK Kerdau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular