Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

Mari Kenali Calon Pakatan Rakyat N28 Kerdau..!!


Nama Hassanuddin diistiharkan secara rasmi



PAS meletakkan aktivis partinya yang juga seorang ushawan, Hassanuddin Salim, 43 sebagai calon untuk menghadapi Umno dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Nama Hassanuddin diistiharkan secara rami oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di tapak Komplek Markas PAS Pahang dekat sini sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Ahli Jwatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sabu dan barisan pimpinan tertinggi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Hassanuddin salim merupakan anak tempatan Kerdau yang lahir di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai Seorang isteri yang bertugas sebagai guru dan tujuh orang anak.

Hassanuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.

Selepas menamatkan pengajian Hassanuddin memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.

Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.

Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Dalam politik, Hassanuddin merupakan bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.

Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.

Sementara itu 22 Feb lalu Umno mengumumkan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, sebagai calon mereka.

Pengumuman itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular