Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

JAMBATAN KAMPUNG DAIF

Oleh: SHAIMON S JUMADI
REPUT…Inilah jambatan Kg Mangkalinau sudah 8 tahun tidak pernah dibaiki oleh pihak yang berkenaan.

JAMBATAN kayu sepanjang 200 kaki lebar 5 kaki di Kampung Mangkalinau, DUN Elopura dan Parlimen Sandakan yang mengalami kerosakan teruk perlu dibaiki segera kerana 80 peratus gelagar dan papannya hampir reput sehingga bakal mengundang kecelakaan kepada pengguna pada bila-bila masa.
Seorang penduduk kampung berkenaan, Mamat, memberi tahu Sabahkini.Net bahawa sudah hampir 8 tahun jambatan tersebut tidak dibaiki oleh pihak yang berkenaan.
Kata Mamat lagi, 70 peratus penduduk Kampung Mangkalinau ialah rakyat tempatan dan majoriti mereka adalah pengundi tegar BN bagi DUN Elopura dan Parlimen Sandakan.
“Lantaran itu, bagi pihak penduduk kampung ini, saya memohon jasa baik ADUN Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan agar dapat membaiki kerosakan jambatan tersebut kami. Tidak kisahlah siapa kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jambatan tersebut kerana yang penting bagi kami ialah dapat kemudahan yang lebih selesa,” rayu Mamat yang mewakili lebih 1,000 penduduk kampung Mangkalinau dan kampung berhampirannya.
Memandangkan pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir, maka kata Mamat wajarlah kampung ini mendapat kemudahan seperti jambatan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang isu ini dijadikan modal kempen kepada parti pembangkang kelak.
 sabahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular