Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.
9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.
8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.
Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.
8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.
8.30 am: KERDAU - Tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh. 8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.
8.15 am: KERDAU - Perarakan dimulakan. 8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.
Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin. 8.08 am: KERDAU - Bacaan doa oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. 8.00 am: KERDAU - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tiba di tempat permulaan perarakan.
Gambar (MERLIMAU): Pimpinan dan penyokong mula berhimpun
7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk. 6.30 am: KERDAU - Para penyokong PR mula di tempat perakan dimulakan. |