Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

[Video] Dua Wanita Dakwa Gaddafi Berketurunan Yahudi, Layak Berlindung di Israel



Video:
Popout

Baiklah, saya pun sepatah haram tidak faham wawancara dalam klip video di atas.

Menurut laman Israelinsider, sumber klip video ini, menyatakan baahwa klip video di atas ialah sebuah wawancara yang disiarkan oleh TV Israel Channel 2. Rancangan wawancara itu telah menemu bual dua orang wanita Israel berketurunan Libya yang mengaku sebagai saudara kepada Muammar Gaddafi.
 
Salah seorang daripada wanita itu, Guita Brown (yang lebih tua) yang mendakwa dirinya sebagai dua pupu Gaddafi menegaskan bahawa neneknya adalah adik kepada nenek Gaddafi. Wanita yang lebih muda, iaituRachel Saada, cucu kepada Brown menjelaskannya secara lebih terperinci. 

"Nenek Gaddafi, seorang Yahudi, berkahwin dengan seorang lelaki Yahudi pada awalnya. Namun, beliau telah dilayan dengan buruk, dan perlakuan suaminya itu menyebabkannya melarikan diri sebelum berkahwin denganseorang lekaki muslim. Anak mereka adalah ibu kepada Gaddafi," kata Saada.
 
Walaupun nenek Gaddafi memeluk Islam untuk berkahwin dengan lelaki Muslim, namun menurut undang-undang agama Yahudi (serta logik akal), beliau masih lagi seorang Yahudi. Hal ini secara langsung menjadikanibu Gaddafi seorang Yahudi. Jika ibu Gaddafi seorang Yahudi, apa pula keturunan Gaddafi?

Pengacara wawancara tersebut membuat kesimpulan, "Jadi, Gaddafi bukan sahaja memiliki saudara mara berketurunan Yahudi, malah beliau juga seorang Yahudi!"

Seterusnya Israelinsider menegaskan jika cerita yang didedahkan oleh dua orang wanita ini benar, makamenurut Undang-undang Kembali ke Israel (Law of Return), sesiapa sahaja yang mempunyai datuk nenek berketurunan Yahudi berhak untuk menjadi warganegara Israel tanpa sebarang masalah.

Sila layari : DUNIACACAMARBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular