Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

 Usaha terbaik boleh menangkan PAS di Kerdau

Harakahdaily   
TEMERLOH, 25 Feb: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau, Hassanuddin Salim menyeru seluruh petugas parti itu dan Pakatan Rakyat bekerja keras untuk membuktikan kemenangan mampu diraih pada 6 Mac nanti.
Beliau yang merupakan seorang usahawan berkata, walaupun menyedari bahawa PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi jentera kerajaan Malaysia, bukannya BN pada PRK itu tetapi kejayaan boleh dicapai jika usaha yang bersungguh-sungguh dilaksanakan oleh jentera Pakatan Rakyat.
“Insya Allah, dengan dokongan dan sokongan semua pemimpin Pakatan Rakyat, muslimin dan muslimat yang berusaha bertungkus-lumus, kita buktikan Dun Kerdau ini boleh dirampas oleh PAS dalam pilihan raya kecil ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ketua Penerangan PAS Pahang itu menganggap pemilihannya sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kerdau ini adalah satu amanah yang cukup berat.
Begitupun, beliau amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti yang telah memberikan amanah yang berat itu kepadanya untuk bertanding pada PRK Kerdau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular