Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 25, 2011

Pusat Penamaan Calon DUN Kerdau Dibuka 9 Pagi Esok

TEMERLOH: 
Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di sini, akan dibuka pada 9 pagi Sabtu.
Pegawai pengurus pilihan raya kecil itu Datuk Tarif Abdul Rahman berkata pusat berkenaan dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan, diikuti tempoh bantahan selama satu jam selepas itu.
Beliau berharap semua parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya semasa proses penamaan calon berkenaan.
Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Barisan Nasional pada 12 Februari lepas.
Tarikh pengundian ditetapkan pada 6 Mac. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular