Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 23, 2011

Mengapa Malaysia perlu diselamatkan dari UMNO?

Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah


Ini secebis dari sebab mengapa PAS/PR mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS/PR terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera. Sementara itu terdapat 40% dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy). Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau.

Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30% ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti Melayu itu berada pada tahap 19%. Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi?

Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995. 9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan?

Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7% KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap ’stress’ kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 % (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9% KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia. Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun?

Defisit Belanjawan telah memasukki tahun ke 13 dan dianggarkan akan terus melebar tahun 2011 (5.6-6%) sekaligus menjadi risiko tentang penarafan negara dan risiko kebankrapan seperti negara Greece dan Ireland.

Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli dan pendapatan boleh berbelanja rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat. Gaji purata bagi pekerja Malaysia hanya menokok sebanyak 2.6% antara 2000-2010 berbanding gaji purata seluruh dunia yang meningkat pada kadar 3.2% (Sumber Bank Dunia).

Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga kos barangan keperluan harian akibat inflasi samada dari luar (inflasi diimpot) mahu pun akibat dari tekanan inflasi akibat penarikan semula subsidi atas bahan bakar petrol dan diesel, gula dan gas. Akan tatapi subsidi RM9 bilion kekal kepada Penjana Tenaga Bebas, IPP.

Paling mutakhir laporan Global Investment Integrity (GFI, 2000-2009) melaporkan sebanyak RM888 bilion mengalir keluar secara haram (illicit outflow) dan Malaysia duduk ditangga ke-5 teratas dalam pengaliran dana secara haram ini sekaligus menafikan negara menggunakan wang ini untuk pembangunan dan pelaburan untuk rakyat.

Sedikit waktu dahulu The Star melaporkan bahawa negara mengalami kebocoran sistem penghantaran akibat rasuah dan pengurusan timpang dan tiris sebanyak RM28 bilion setahun mengikut Laporan Ketua Audit Negara.

Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Senarai semakin panjang dan jumlah semakin meningkat pada setiap perlakuan.

Begitu juga hal-hal projek terbengkalai ada-ada sahaja penglibatan orang politik yang memangsakan rakyat lemah. Dakwaan terhadap pimpinan tertingginya bersabitan komisyen perolehan kapal selam scorpene masih lagi dalam siasatan di Mahkamah Perancis. Apakah ini juga termasuk dalam statistik GFI?

Pembangunan ekonomi negara dalam kerangka pemikiran PAS (dan Pakatan) akan dipacu secara mampan dengan sentiasa menjadikan pengembangan ekonomi berteraskan-rakyat atau ’people-centric development’ dan tidak sekadar projek mega yang mengutamakan kroni dan pihak tertentu atau ’crony-centric’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular