Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 23, 2011

Kerdau: Media cuba lagakan Pakatan Rakyat

Harakahdaily   
KUANTAN, 23 Feb: Pakatan Rakyat Pahang telah mengadakan mesyuarat pada 21 Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan muafakat Pakatan Rakyat untuk PAS meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Rakyat Pahang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah membentuk jawatankuasa bersama bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK) Kerdau.

Kenyataan muafakat PR Pahang sekaligus menidakkan laporan sesetengah media yang cuba melagakan parti komponen Pakatan Rakyat dengan mengatakan bahawa PKR berminat untuk meletakkan calon mereka sekadar mainan media semata-mata.

Mesyuarat tersebut juga telah merangka strategi bersama bagi menghadapi PRK kali ini di mana DAP, PKR dan DHPP telah diberi tugasan bagi menjayakan gerak kerja PRK Kerdau.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini.

Majlis Pengistiharan Calon di Darul Hikmah, Kerdau yang bermula jam 9.00 malam akan turut dihadiri oleh pimpinan PKR dan DAP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular