Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 4, 2011

Isu Kuasa Eksekutif Sultan: Siapa yang Menipu? MB Selangor atau Setiausaha Sulit Sultan Selangor


Saya petik berita Utusan:
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

‘‘Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

‘‘Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

‘‘Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.


Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.


‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Semalam, MB Selangor melalui kenyataan mediannya mendakwa DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ha ini demikian kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

Siapa yang menipu?

Setiausaha Sulit Sultan perlu definisikan maksud memperkenan itu membawa maksud Sultan boleh menolak lantikan SPA atau istilah perkenan itu membawa maksud kuasa Sultan hanya boneka dalam hal ini, penyerahan nama/lantikan itu hanya untuk merasmikan sahaja keputusan yang telah dibuat oleh SPA kerana beberapa tulisan jelas menunjukkan SUK negeri merupakan lantikan Persekutuan bukannnya kerajaan negeri.

Dalam isu ini, Bekas Hakim Datuk N.H. Chan memberikan pendapat dalam TMI bahawa "“Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52(1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang sewajarnya dengan memilih kalangan anggota perkhidmatan awam. Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri, tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan di mana calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam"

Siapa yang betul?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular