Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Umno lebih berkuasa daripada SPR ?

Weiii...Puteri UMNO dah masuk kampung/Felda, Mat Maslan dah masuk Felda, Khairy dah bagi bebudak beg sekolah...itu bukan kempen ka SPR?


Dalam tinjauan Johorkini di DUN Tenang, pergerakan Puteri Umno telah memasuki kawasan pengundi Melayu terutama dikawasan Felda dan mereka telah mula ‘berkampung’ di Felda Chempelak. Setiap hari mereka mendatangi rumah-rumah pengundi di Dun Tenang.

Sewaktu kunjungan di salah sebuah rumah di Sawah Baru yang sedang mengadakan majlis kenduri, pasukan puteri tanpa segan silu terus masuk kedalam rumah dan menawarkan bantuan kerusi roda dan sebagainya.
Dalam waktu yang sama SPR meminta jangan berkempen, yang menjadi persoalannya, pihak Pakatan Rakyat dilihat belum lagi mengadakan kempen bertemu pengundi. Jelas menampakkan bahawa Barisan Nasional/Umno tidak menghormati peraturan yang telah sedia ada. Apakah rakyat di Johor ini akan memilih mereka yang tidak menjgikut peraturan yang ditetapkan sebagai wakil ke Dewan Undangan Negeri? [JK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular