Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Ugutan terhadap guru di Tenang

Guru sokong Pakatan Rakyat akan ditukarkan.
Dalam satu pertemuan dengan guru-guru di Tenang, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Hj Mohd Puad Zarkashi telah menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan mengugut mana-mana guru yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat didalam PRK N05 Dun Tenang. Dalam waktu yang sama beliau meminta guru-guru berkempen untuk Barisan Nasional.

Johorkini dimaklumkan juga bahawa arahan untuk mengadakan mesyuarat PIBG yang sepatutnya dijalankan pada bulan Mac telah dipercepatkan, arahan terbaru mesyuarat PIBG akan diadakan pada bulan Januari ini. Dengan menggunakan tenaga pendidik Barisan Nasional mengerahkan guru-guru kounseling untuk turut mempengaruhi ibu bapa untuk mengundi Barisan Nasional.
Sikap yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional ini adalah salah, dengan memberikan tekanan dan bebanan tugas untuk kepentingan ideologi sempit Barisan Nasional. Umum sedia maklum bahawa guru telah terbeban dengan pelbagai tugas yang tidak sepatutnya dilakukan oleh guru. [JK]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular