Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Umno-Bn mungkin tenang di Dun Tenang tapi tak tenang dengan program 100 hari PR.


Menteri Pelajaran ajar rakyat mata pelajaran bangkrap


Hang pa banggaka dapat TPM dan Menteri Pelajaran macam Muhyiddin Yaasin yang semakin syok dan kerap sebut bangkrap, bangkrap di mulut beliau sejak PR umum program 1oo hari PR perintah Malaysia. Sejak akhbar Suara Keadilan 'dibangkrapkan' oleh Kerajaan Umno-Bn kerana kata 'Felda Bangkrap' perkataan bangkrap dah berjangkit kepada Muhyiddin Yaasin.

Dah dua kali Muhyiddin Yaasin sebut bangkrap kerana idea PR nak naikkan gaji guru-guru rm500 kalau perintah Malaysia bukan perintah negeri. Hari ni Muhyiddin ulangi lagi idea PR tu dengan sebut bangkrap lagi!

Muhyiddin cabar Anwar naikkan gaji kakitangan awam negeri Pakatan-The Malaysian Insider

Hanya Menteri Pelajaran tidak berhati perut yang tidak menghargai guru... beginilah terdesaknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini pernah menjadi Menteri Pendidikan. Saya gembira mendengar tawaran ini ... tetapi apa yang saya katakan adalah kita perlu melihat secara keseluruhan untuk menterjemahkan apa yang dikatakan tawaran ini dalam hakikat sebenar.“Anwar Ibrahim yang pakar dan bijaksana itu harus tahu, tetapi kerana muslihat politik dan pilihan raya maka dia sanggup buat begitu... tak apalah kalau bankrap, tak apalah kalau tangggung lebih belanja asalkan kita menang dan saya akan jadi perdana menteri, itu tujuan dia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Mendidik Demi Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya apabila menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.Baca lagi klik tajuk di atas.
Selangor dah bangkrap ka bagi air 20 m3 percuma?Orang cakap pasal Malaysia bukan cakap pasal negeri nak naikkan elaun guru. Perabih duit nak bina Menara Warisan 100 tingkat berbilion ringgit tak rasa nak rugi sebab semua kroni dapat projek tapi kalau nak bagi kat rakyat sikit berkira nak mampoih. Boleh bangkrap ka tolong rakyat bagi rasa sedikit kesenangan dengan keadaan barang naik dah tak kira masa?Kalau Malaysia bangkrap kerana tolong rakyat boleh masuk rekod dunia la..
Kalau Malaysia nak bangkrap puak-puak yang sapu harta negara ni yang akan lari dulu keluar negara bersama anak bini tinggal rakyat terkial-kial nak cari makan.Dok sebut bangkrap, bangkrap tak lama lagi barang naik lagi sebab puak-puak Umno-Bn akan kata kerajaan dah tak larat tanggung subsidi , dok kira subsidi nanti Malaysia bangkrap tahun 2019.Pandai putar belit nak naikkan harga barang.

Buat apa nak cabar-cabar bila nak tolong rakyat. Bn buat la umum macam PR nak buat tu baru betoi ni dak dok cabar PR yang tak perintah Malaysia.Nak kata bodoh macam lembu bila bercakap tapi bergelar Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Menteri Pelajaran apa dok ajar matapelajaran bangkrap kepada rakyat!

Umno-Bn mungkin tenang di Dun Tenang tapi tak tenang dengan program 100 hari PR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular