| Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa Kerajaan Umno BN berbohong dan sengaja melengah-lengahkan pindaan ke atas akta berkenaan yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat lebih setahun lalu. Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh mempersoal sikap kerajaan yang bertegas untuk meneruskan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu dan mengambil masa yang panjang untuk memindanya. "Sekarang ini sudah penghujung tahun 2010, tak ada pun pindaan yang dijanjikan. Mana janji-janji mereka? "Suatu yang sangat ketara ialah kerajaan tidak akan mudah melepaskan tongkat paling berkuasa ini. Mereka sedang cuba bersungguh-sungguh menjual idea pindaan dan bukan mansuh," kata beliau dalam sidang media di ibu negara hari ini. GMI, tegasnya amat yakin pindaan yang dicanangkan kerajaan itu hanyalah pindaan kecil berbentuk kosmetik semata-mata. Pindaan itu tegasnya, tidak akan mengubah apa-apa untuk mencegah ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia selagi tidak mengambil kira lima perkara asas akta zalim itu. Lima perkara tersebut ialah penahanan tanpa bicara, kuasa-kuasa menteri yang terlalu luas, tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap orang tahanan dan isu persepsi awam bahawa ISA digunakan untuk kepentingan politik. "GMI percaya bahawa sebarang pindaan terhadap kelima-lima perkara ini tidak akan membawa sebarang makna kerana kielima-lima aspek ini adalah antara yang membenarkan parti pemerintah untuk terus memerintah. "Mungkin atas sebab itu, terdapat desas desus mengatakan hanya tempoh penahanan akan dipinda daripada 60 hari kepada 30 hari. "Isu persepsi awam terhadap ISA hanya boleh ditangani dengan pemansuhan ISA, tindakan siasatan profesional polis, kewujudan semakan mahkamah dan pendekatan serta sikap yang lebih prihatin terhadap keadilan dan hak asasi manusia tanpa menjejaskan keselamatan negara," kata beliau. Terus desak kerajaan mansuh ISA, bukan pinda Sehubungan itu, GMI memutuskan untuk terus mendesak kerajaan memansuhkan ISA, membebaskan tahanan dan menutup Kem Kamunting (Kemta) menjelang tahun baru 2011. Selain ISA, GMI juga menuntut semua undang-undang yang melanggar Perlembagaan Negara dan Artikel 9, 10 dan 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 serta Artikel dalam Deklarasi Islam Hak Asasi Manusia Sejagat (UIDHR) 1981. "GMI mengajak dan menyeru rakyat dan anggota alam gabungannya menyokong tuntutan memansuhkan ISA. "GMI tidak akan sekali-kali tunduk kepada prinsip yang melibatkan penahanan tanpa bicara," tegasnya. Selain itu katanya, GMI mahu laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ddibahaskan di parlimen dan melaksanakan syor yang dikemukakan. Syed Ibrahim sebelum itu membentangkan aktiviti yang dilaksanakan GMI sepanjang tahun 2010 yang menyedarkan rakyat mengenai kewujudan akta ini. Program paling besar yang berjaya membuka mata kerajaan terhadap tuntutan rakyat ialah Himpunan Mansuh ISA di ibu negara 1 Ogos lalu yang menghimpunkan ribuan rakyat selain program-program penerangan di seluruh negara. Selain itu, GMI turut mendapat sokongan antarabangsa dengan tertubuhnya GMI UK oleh warganegara Malaysia yang tinggal di negara itu dan mengadakan program dan bantahan berterusan setiap bulan di hadapan pejabat Pelanciongan Malaysia di sana. Sokongan padu juga daripada World Againts Torture (OMCT), (Amnesty International) AI, Human Rights Watch (HRW), Islamic Human Rights Commission, UK (IHRC) dan International Bar Association's Human Rights Institute (Ibahri). Penambahan blok di Kemta Sementara itu, peguam dari Majlis Peguam yang turut hadir, Syamsuriatina Ishak mendakwa kerajaan tidak berhasrat menutup Kem Kamunting apabila terdapat penambahan blok di kem berkenaan. "Kita tidak fikir kerajaan akan tutup Kem Kamunting kerana terdapat penambahan 4 blok dua tingkat untuk penahan di Kamunting. "Saya pergi ke sana untuk jumpa klien, dan saya nampak penambahan blok ini," katanya. Sehingga ke hari ini terdapat 25 orang masih ditahan di Kamunting. Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Khairunnizah Mohd Akhir, isteri tahanan Mustawan Ahbab yang ditahan pada 4 Oktober lalu kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islam (JI). |
Wednesday, December 22, 2010
Pinda ISA: GMI dakwa Umno BN bohong
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
"Whoever controls the Bomoh controls the Chief Minister", according to family members. Stella is Robert s cousin. The once feared...
-
Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kir...
-
TAHNIAH MELAYU kerana ramai dari taukeh2 Judi kat MESIA nih orang MELAYU.. bukan MELAYU MAMAK tapi MELAYU UMNGOK... kahkahkah Mari kite ken...
-
nikabdulaziz Nik Abdul Aziz Hairan saya bagaimana seorang menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Mulut saya hanya boleh ditutup...
-
from PAS Parit Buntar (PASPB) AG jumpa SPRM, perjelas pemergiannya ke Mekah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam majlis dialo...
-
TEMERLOH - Ketagihan melampau Pemuda dan pemudi Umno di Kampung Lipat Kajang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini ber'ka...
-
Bekas Menteri Pengangkutan, dilantik untuk menggantikan nya
-
Oleh: MAIL MATHEW
-
SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dibenar mengangkat sumpah kerahsiaan minggu depan tetapi...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??