Bukak saja tenet aku terus tergelak..kah kah kah..ini manusia yang nama Mohd Khusrin Munawi muka tarak malu. Orang Selangor tarak suka sama dia tapi dia mau jadi Boss orang Selangor kah kah kah.. Pergi la kerja sapu sampah ka apa ka.
Apa mau peduli sama ini mamat. Pergi la sama ini mamat. Jangan kasi ini tali barut umno duduk dalam SUK punya ofis. Kalau mau kerja dekat SUK juga pergi la kerja dekat itu pondok guard. Kah kah kah
Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan
Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad. Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu. Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan
mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari. Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. "Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. "Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu. Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.