Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 15, 2010

Masalah dalam AKIM@KITA tidak selesai lagi


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan Khas Parti Keadilan Islam Malaysia (AKIM) hari ini yang bertujuan meminda perlembagaan parti dan memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden parti mungkin akan diheret ke mahkamah kerana dianggap tidak sah.

Hanafi Mamat (gambar) yang mendakwa dirinya masih presiden sah parti itu semalam memberi amaran supaya mesyuarat tidak diteruskan kerana Zakaria Salleh yang mengakui sebagai presiden sudah dipecat sebagai ahli pada Disember 2009.

“Zakaria bukan lagi ahli AKIM sejak tarikh itu dan saya menasihati Datuk Zaid supaya jangan lagi menyertai AKIM sehingga masalah ini selesai. “Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah secepat mungkin bagi mengisytiharkan mesyuarat itu tidak sah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

AKIM didaftarkan sejak lebih 15 tahun lalu menghadapi masalah dalaman pada 2009 apabila timbul pertelingkahan antara Hanafi dan timbalannya, Zakaria (ketika itu) sehingga kedua-dua mereka mengakui sebagai Presiden.

Sementara itu, Zakaria menafikan Hanafi masih Presiden AKIM kerana ahli sudah membuat keputusan melantik beliau sebagai Presiden pada 2009.

“Tidak perlu tanya apa-apa pada dia, dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti, malah keahliannya belum diperbaharui,” katanya sambil enggan mengulas lanjut. AKIM dikatakan mempunyai 15,000 ahli akan mengadakan mesyuarat agung tahunan khas di Petaling Jaya hari ini difahamkan bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, termasuk membabitkan nama parti, struktur organisasi serta cara pemilihan pemimpin parti.

Sekiranya pindaan dipersetujui, pucuk pimpinan AKIM dijangka melancarkan nama baru parti itu pada Januari depan.

Zakaria juga berkata, jika ahli sebulat suara bersetuju menonjolkan Zaid sebagai presiden, beliau ikhlas untuk menyerahkan jawatan dan hasil perbualan telefon dengan Zaid, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyediakan kesediaan memimpin AKIM.

Namun begitu, masalah ini dilaporkan oleh Zakaria telah pun selesai dengan campur tangan pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada awal bulan ini yang menyaksikan Zakaria sebagai Presiden yang sah.

SUMBER http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fnetworkedblogs.com%2FbRO5P&h=2b018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular