Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, December 29, 2010

Kita tengok sapa yang kena ... muakaka !!!



Bantah bina bangloSHAH ALAM: “Di sinilah tempat kami buat pelbagai aktiviti sama ada riadah atau kenduri sejak 35 tahun lalu. Namun kini ia bakal menjadi kenangan apabila pemilik tanah mahu mendirikan banglo,” kata Rohaya Mohd Shim, 50, penduduk Taman Awam, Seksyen 10, di sini.
--------------------------
Sapa yang bagi kelulusan ni ... muakakak !!!
Kita tunggu ... kah kah kah
Sapa yang jual ... wakakaka !!!



myMetro

SHAH ALAM: “Di sinilah tempat kami buat pelbagai aktiviti sama ada riadah atau kenduri sejak 35 tahun lalu. Namun kini ia bakal menjadi kenangan apabila pemilik tanah mahu mendirikan banglo,” kata Rohaya Mohd Shim, 50, penduduk Taman Awam, Seksyen 10, di sini.
Dia adalah salah seorang daripada kira-kira 50 penduduk yang berhimpun secara aman membantah pembinaan banglo di tanah milik persendirian di situ, kelmarin.

Difahamkan, satu daripada enam lot tanah yang menyamai sebuah padang bola itu yang bakal didirikan sebuah unit banglo dua setengah tingkat dan aktiviti pembersihan dan pemagaran bagi lot terbabit juga sudah bermula sejak Jumaat lalu.

“Kami pernah mengajukan permohonan untuk mendapatkan sebuah dewan bagi menggantikan tempat ini kerana kami memang tiada dewan serbaguna. Namun saya dimaklumkan tiada peruntukan untuk itu,” katanya.

“Kami bukan orang kaya macam pemilik tanah ini. Kalau nak sewa dewan di tempat lain memang mahal. Kami harap pihak berkenaan faham situasi kami,” katanya yang sudah mendiami di situ sejak 1980.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Seksyen 10 (Pepsio), Razali Abdullah, berkata pihaknya pernah mengadakan bantahan bagi kes sama pada 2006 kepada datuk bandar namun tidak berkesan selain tiada maklum balas daripada pihak berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular