Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 27, 2010

JCORP + KFC = UMNO + YAHUDI


JCORP nak menjual KFC? Kenapa perlu dijual, sedangkan ia adalah lubuk emas yang sepatutnya tidak dijual. Begitu sayang perniagaan yang mendatangkan keuntungan cash flow yang cukup banyak hendak dijual begitu sahaja. Dah tak ada benda lain dah ka nak dijual? Perlu diingat, sumber utama pendapatan JCorp adalah KFC. Janganlah mudah tunduk kepada desakan ahli politik tertentu yang mempunyai kepentingan tersembunyi.

* Lihat laporan dari utusan malaysia (KLIK)


MEMPERTAHANKAN PEMILIKAN KFC
Dato’ Sohaimi Shahadan
(Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia)

1. Perjuangan kita Pemuda Umno untuk KFC mempunyai sejarah yang panjang dan lama.
2. Kenapa J-Corp perlu menjual Rangkaian Restoran KFC? Apakah mereka menerima tekanan dari orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi dan sanggup menggadaikan maruah bangsa?

3. Tahun 1980an, Pemuda UMNO Sungai Besi meragui status halal ayam goreng KFC. Sedangkan sejak masa itu lagi sambutan orang-orang Melayu yang beragama Islam terhadap makanan segera ini cukup tinggi. 

4. Kita mengesyaki apakah makanan yang disajikan ini betul-betul halal? Perkelahian dalam rali yang panjang antara Pemuda UMNO Sungai Besi dengan pengurusan KFC pada masa itu yang diketuai oleh pemilik asalnya mendiang Low Cheng Ghee telah memberi peluang kepada Inovest dan PNB memiliki KFC pada tahun 1985. 

5. Pemilikan bukanlah agenda utama, tetapi hasrat untuk melihat restoran makanan segera ini mengamalkan status halal yang mutlak adalah merupakan perjuangan pemuda UMNO. Perjuangan bermula dengan kepentingan agama. Pemilikan ekonomi adalah suatu bonus.

6. Walau apa pun Inovest dan PNB telah membayar lebih dari RM50 juta kepada pemilik KFC untuk memiliki rangkaian restoran mereka, suatu nilai yang amat besar pada masa itu. 

7. Memang betul Low Cheng Ghee kecewa dengan penjualan perniagaan yang diasaskan beliau, tetapi beliau juga telah memperolehi bahagiannya, Hanya mengeluarkan modal awal lebih kurang RM200,000 ringgit sahaja untuk memulakan dua buah restoran KFC, dalam masa 10 tahun beliau telah memiliki tunai melebihi RM50 juta.

8. Kesilapan pengurusan Innovest yang diketuai oleh arwah Dato’ Dr. Mokhzani telah menyebabkan beliau terpaksa menjual saham KFC sedangkan ini adalah cash cow yang menguntungkan.

9. Innovest yang mengalami kerugian terpaksa menyedut keuntungan KFC sehingga menimbulkan kemarahan pemegang saham yang lain. Inilah sesuatu yang aneh, sepatutnya Dato’ Dr. Mokhzani menjualkan Innovest yang merugikan, tetapi dijualnya KFC. 

10. Tentu sekali ini hanya pilihan yang ada, pelabur tidak akan membeli sesuatu yang rugi, pelabur hanya akan membeli perniagaan yang menguntungkan.

11. Kelebihan PNB sebagai pelabur utama Bumiputera pada masa itu telah menyelamatkan restoran ini untuk terus mempastikan kehalalan makanannya terjamin. Sekurang-kurangnya untuk meneliti dan memantau.

12. Pergolakan pengurusan dan telakan politik dalaman dan luaran membuatkan pemilikan KFC terus bertukar tangan, walau pun diketahui, ia adalah lubuk emas yang sepatutnya tidak dijual. Sehinggalah rangkaian makanan segera ini berjaya dimiliki oleh Kumpulan J-Corp. 

13. Kini persoalannya ialah kenapa KFC perlu dijual oleh J-Corp? Apakah yang tidak kena dan tekanan dari mana? Mesti ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku di dalam J-Corp atau mungkin sesuatu yang aneh telah turut berlaku di luar J-Corp.

14. Pengalaman sejarah yang kita lalui telah kita saksikan, sesuatu yang terlepas dari tangan kita akan menjadi amat sukar untuk dimiliki kembali. Malah ia akan menjadi amat tidak mungkin untuk dimiliki kembali. 

15. Singapura yang kita lepaskan, terlepaslah malah seluruh perairan Selat Tebrau untuk laluan kapal keluar masuk ke Pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Langsat pun tidak akan kita miliki sehingga hari kiamat. 

16. Apakah sedikit bekalan ekonomi untuk anak cucu kita di masa akan datang juga turut hendak digadaikan?

17. Kenapa J-Corp pelu menjual kepentingan pemilikan KFC perlu disiasat. 

18. Sekiranya mereka mengahadapi masalah dalaman, kita pasti KFC bukannya punca dan masalah, KFC hanya alat yang mereka perlu gunakan untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. 

19. Tetapi kerajaan dan institusi perniagaan Bumiputera yang lain perlu peka dengan tindakan J-Corp ini. KFC mesti diselamatkan demi mengimarahkan ekonomi bangsa dan paling penting untuk mempastikan status halalnya terjamin.

20. Sekiranya tindakan itu berpunca dari tekanan luaran kita juga perlu bertindak segera. Perjuangan Pemuda UMNO Sungai Besi lebih dua dekad yang lalu perlu kita teruskan demi memertabatkan ekonomi bangsa dan menjaga maruah agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular