Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, December 30, 2010

Bagaimana Untuk Menambahkan Earning Dari Nuffnang


Di dalam dunia blogging, iklan merupakan aspek yang sangat penting bagi blogger untuk mendapat pendapatan sampingan dengan hanya berblogging. Dengan pendapatan dari iklan la ianya akan memberikan kita semua motivasi untuk terus berblog dan berusaha keras untuk mencapai matlamat.


Di Malaysia, terdapat banyak syarikat pengiklanan yang boleh didapati seperti Nuffnang, Adverlets, Innity, Mangga Ads, Youth Say dan berbagai lagi. Tetapi kali ini saya ingin memberikan penjelasan tentang syarikat pengiklanan Nuffnang kerana pada masa ini saya menggunakan khidmat dari Nuffnang.



Ramai blogger yang menggunakan iklan dari syarikat Nuffnang tetapi tidak mendapat earning yang yang memuaskan.Aku pun bukannya pro lagi dalam bidang blog ni, lagipun earning yang aku dapat dari blog bukannya banyak sangat. Jadi hari ini saya ingin beri tips untuk meningkatkan earning .

1. Kandungan Blog

Kandungan blog memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan earning dari nuffnang. Bila kandungan blog anda bagus, maka ramai pengunjung akan datang sekaligus meningkatkan pendapatan.

Blog yang bagus ialah blog yang diupdate sehari sekali ataupun beberapa hari sekali. Kalau boleh, seminggu sekalipun takpa asalkan bukan berbulan bulan sekali.

2. Status Glitterati

Status gelihati Glitterati memainkan peranan penting bagi nuffnang kerana status ini membezakan antara ahli nuffnang yang setia dan tidak. Untuk mendapatkan status ini, anda hanya perlu meletakkan iklan nuffnang sahaja di blog anda dan tidak mencampurkan dengan syarikat pengikalanan yang lain. Dengan status glitterati, anda mendapat banyak kelebihan dari nuffnang. Maklumat lanjut tengok di sini.

3. Ads Placement

Nuffnang membahagikan iklan mereka kepada tiga jenis iaitu:

1. LEADERBOARD (728 X 90)

2. SKYSCRAPER (160 X 300)

3. LARGE RECTANGLE (336 X 280)


Setiap iklan tersebut mestilah diletakkan di tempat yang di khaskan oleh pihak nuffnang. Setiap iklan mestilah diletakkan di lokasi yang strategik dan senang untuk pengunjung blog klik.

Untuk Leaderboard, anda mestilah meletakkannya di header blog dan pada bahagian atas sekali. Sebagai contoh anda boleh tengok di blog ini.

Untuk Skyscraper pula ianya mestilah diletakkan di bahagian sidebar blog dan berada di bahagian atas sekali supaya mudah untuk pengunjung klik.

Akhir sekali, Large Rectangle disarankan diletakkan di pertengahan post ataupun di akhir post sebelum bahagian komen

4. Earning

Setelah sekian lama anda menggunakan iklan nuffnang tetapi tiada earning massyukk jangan risau. Earning anda hanya akan diupdate setelah kempen iklan itu tamat jadi earning anda akan masuk pada bila bila masa. 

Earning tidak diupdate mengikut jadual yang dikhususkan seperti harian, mingguan, dan bulanan. Jika tiada pendapatan masuk juga setelah sekian lama, anda mungkin perlu menghubungi pihak nuffnang.

5. Survey

Nuffnang telah menyediakan satu tempat khas untuk undian. Dengan undian ini, pihak advertiser dapat mengetahui siapa yang akan menyiarkan iklan mereka. Jadi anda disarankan agar mengisi maklumat sedetail yang boleh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular